Saturday, January 17, 2009

Lebih ramai penyokong Pas di pusat mengundi

KUALA TERENGGANU - Jika bilangan penyokong di 36 pusat mengundi menjadi pembayang keputusan pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Pas menunjukkan kelebihan.

Lambang hijau Pas kelihatan lebih banyak daripada lambang biru BN yang dikibarkan oleh para penyokong mereka yang juga ketara lebih ramai di sepanjang jalan ke pusat-pusat mengundi. Dibantu oleh penyokong-penyokong PKR yang turut bekerja keras sepanjang kempen, kelompok mereka lebih bising dan lebih ke depan daripada penyokong-penyokong BN.

Kebanyakan pemerhati politik meramalkan pilihan raya kecil ini akan dimenangi oleh Pas.

Bagaimanapun, seorang tokoh UMNO dari Kemaman memberitahu Malaysia Aktif dengan penuh keyakinan pagi ini:`` BN boleh menang.''

Calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46 dan calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, 51 adalah antara mereka yang awal keluar mengundi.

Wan Farid mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar pada jam 8.02 pagi bersama isterinya Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab.

Cuaca pada pagi ini cerah berbanding beberapa hari yang lalu, mendorongkan Wan Farid berkata kepada wartawan:`` Saya harap ini petanda kemenangan BN.''

Bagaimanapun, Jabatan Metreologi meramalkan hujan akan turun pada sebelah petang.

Pilihan raya kecil tiga penjuru ini diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran yang menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu selama dua pengal berturut-turut selepas memenanginya kali pertama pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 1,933.

Sebelum itu, dalam plihan raya 1999, Pas menawan kawasan ini dengan majoriti 14,488 undi.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008, Razali mempertahankan kerusinya dengan menwaskan con Pas Mohamad Sabu dan calon bebas Maimun Yusuf, dengan majoriti 628 undi.

Kira-kira 6,000 anggota polis berkawal di merata tempat, menjadikan kawalan keselamatan pilihan raya kecil ini sebagai yang paling ketat dalam sejarah. - malaysiaaktif.com

BASHIR AHMAD
17 Januari 2009

Thursday, January 15, 2009

BOIKOT PRODUK AMERIKA YANG TERSOHOR ANWAR IBRAHIM

Ezam: Anwar talam dua muka

NASIR SUKIMAN

15 Januari 2009

TALAM dua muka – itulah dia Anwar Ibrahim – siang hari di depan penyokongnya sebaik dipecat daripada kerajaan pada 1998, dia mengutuk dan mengecam Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi pada sebelah malam, apabila dia keseorangan, dia berasa kecewa dan memuji pula Perdana Menteri ketika itu lalu meminta dikasihani.

Isi hatinya yang gundah-gulana itulah menjadi kandungan surat pertama ditulis dan dikirimkan kepada Dr Mahathir oleh Ezam Mohd Nor, Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika itu.

Orang yang tidak teguh pendiriannya itu kini memperkudakan sepenuhnya Pas walaupun Husam Musa (sekarang Naib Presiden Pas) sudah diberitahu oleh Ezam mengenai sikap, perangai dan betapa tidak berprinsipnya Anwar dalam hidupnya.

Semua ini didedahkan oleh Ezam di satu ceramah khas membongkar kandungan surat ditulis tangan dan ditujukan kepada Dr Mahahtir, pada Rabu malam, di markas Umno di Kampung Kubang Parit dalam kawasanundi Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

Penduduk, penyokong UMNO dan kumpulan wartawan yang mula memenuhi kawasan markas dan sejak jam 8.00 malam lagi menunggu sehingga 11.25 tengah malam bagi Ezam memulakan pendedahan surat berkenaan.

Bagi bekas Ketua Pemuda Keadilan itu dan empat lagi bekas ketua exco Pemuda Keadilan iaitu Hamdan Taha (bekas timbalan ketua pemuda); Zahid Mat Arip (bekas naib ketua Pemuda ); Hamidzun Khairuddin (bekas ketua pemuda Keadilan Selangor) dan Azwanddin Hamzah (bekas ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan) Anwar adalah orang yang harus dihindari dan tidak layak memimpin kerana sikap hipokritnya itu.

Dalam surat ringkas kepada Dr Mahathir itu, Anwar berkata dia , isteri dan anak-anaknya begitu terkejut dengan apa yang berlaku sekitar 2 September 1998 tetapi tetap memuji bekas PM kerana memastikan keselamatan keluarganya terjamin.

Kata Anwar, bapa dan ibunya juga meminta agar adik angkatnya iaitu Kusumatmadja yang ditahan dibebaskan dan tidak diapa-apakan.

Malah selanjutnya segala apa bantuan dan keprihatinan Dr Mahathir dan betapa getirnya keadaan Anwar tidak akan melupakan jasa baik PM itu.

Ezam menegaskan beliau hairan sikap talam dua muka Anwar itu terbawa-bawa hingga sekarang apabila dia tidak konsisten dalam memperjuangkan sesuatu seperti hukum hudud.

Bila di depan DAP, dia kata hudud tidak akan dilaksanakan tetapi kepada Pas ia patut pula untuk orang Islam saja.

Kepada Kit Siang, Anwar berkata:’”Brother Kit you don’t worry” tetapi kepada Hadi Awang dia mahu negara Islam ditegakkan.

Kesimpulan dalam ceramah hampir empat jam itu semua yang berucap menggesa pengundi Kuala Terengganu tidak memberi sokongan kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat serta sepatutnya memboikot ‘produk utama Amerika di Malaysia’ iaitu Anwar Ibrahim. -malaysiaaktif.com

Wednesday, January 14, 2009

Lagi....Pas kluk-klek!



KUALA TERENGGANU - `Kluk-klek' adalah istilah orang Terengganu yang bermaksud `main-main, tidak serius, mudah berubah.' Jika seseorang digelar `kluk-klek' maka orang itu dianggap tidak boleh dipercayai.


Pas Kluk-Klek adalah tema kempen Barisan Nasional yang berlangsung di padang letak kereta Pasar Cabang Tiga malam tadi. Tiga hari sebelum itu, di situlah juga Pas membuat persembahan nasyid dan dikir barat yang diselang-seli dengan ceramah tiga hari sebelumnya. Barangkali BN mahu membersihkan kesan kempen luar biasa Pas itu.

Tempat letak kereta itu terletak di tepi jalan menuju ke Losong, kawasan yang lambang Pas kelihatan lebih banyak terpampang daripada lambang BN, sama ada pada poster, bendera atau sepanduk. Losong juga adalah tempat jualan kerepok lekor yang diangap paling sedap oleh orang-orang Terengganu. Dari segi istilah politik, kawasan ini boleh dianggap sebagai kawasan sama ada hitam atau kelabu bagi BN.

Sebab itulah BN mengadakan kempen yang luar biasa sedikit di situ pada malam itu.




Hujan lebat dan kemudiannya renyai-renyai tidak menghalang orang ramai datang untuk mendengar kempen yang dinamakan `Malam Masihkah Kau Ingat,' mengambil sempena tajuk sebuah lagu nyanyian kumpulan Kopratasa. Bermula lewat sedikit kira-kira jam 9.20 malam kerana hujan lebat, jumlah orang ramai yang datang lebih ramai daripada khalayak persembahan kesenian dan ceramah Pas sebelumnya.

Majlis BN ini lebih hingar-bingar kerana diiringi sekumpulan pemuzik yang memukul gendang bertalu-talu dan meniup terompet setiap kali penceramah-penceramah tampil ke rostrum bermikrofon untuk memulakan ucapan. Jika penceramah menyatakan sesuatu yang difikirkan mempunyai hujah untuk memperkuatkan dakwaan bahawa Pas kluk-klek, maka kumpulan pemuzik itu mencelah dengan paluan gendang yang cukup kuat untuk `mengiakan' apa yang dicakap.

Pendek kata, cukup gamat kempen BN pada malam itu.

Majlis dimulakan di atas pentas dengan persembahan nyanyian satira seorang lelaki yang diiringi petikan getar dan paluan rebana. Liriknya yang penuh sindiran dan tempelak terhadap Pas, diselangi dengan laungan `Pas Kluk-Klek' oleh sebilangan penonton di barisan hadapan.

Kemudian tampil silih berganti bekas ahli-ahli Pas dan PKR untuk mendedahkan kepada umum mengapa mereka keluar daripada parti masing-masing? Dua tiga orang daripada mereka bercakap dengan nada keras dan bersuara nyaring. Kata mereka kepada penonton, setiap kali bercakap mengenai Pas mereka tidak dapat mengawal perasaan kerana `naik angin.'

Salah seorang daripada mereka ialah Omar Khalid, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang pernah aktif dalam parti itu selama 35 tahun. Beliau bercakap lebih tenang. Katanya, Pas tidak boleh dipercayai kerana dulu menuduh UMNO kafir, tapi sekarang bersahabat dengan PKR dan DAP.

Omar juga mendedahkan betapa dalam Peristiwa Memali yang berlaku pada 1985, tanah-tanah kubur ahli-ahli Pas yang terkorban dalam pertempuran dengan FRU telah direnjis dengan minyak wangi supaya baunya yang harum membangkitkan sangkaan betapa mereka mati dalam kemuliaan. Kata Omar, beliau sendiri menyaksikan kerja merenjis minyak wangi itu.

Seorang lagi penceramah yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas Ketua Penerangan PKR Terengganu menceritakan betapa beliau juga pernah menjadi ahli Pas sejak remaja. Katanya, beliau meninggalkan parti itu apabila menyaksikan orang-orang Pas enggan menyembahyangkan jenazah ayah saudaranya penyokong UMNO. Beliau menyertai PKR tetapi akhirnya juga hilang kepercayaan terhadap parti sahabat baru Pas itu.

Juruacara majlis setiap kali memegang mikrofon menyelitkan pantun. Salah satu berbunyi:

``Wau-wau bulan,
wau-wau putih,
dulu semua haram,
sekarang semua boleh.''

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada jam 10.20 malam dan turut berucap.

Najib melontarkan pelbagai pertanyaan...termasuk siapa buat masjid di Terengganu...siapa bawa ICT ke masjid...siapa di sebalik kejayaan pelajar-pelajar Terengganu mencatatkan keputusan terbaik di Malaysia dalam peperiksaan UPSR selama 8 tahun berturut-turut? Setiap kali beliau melontarkan pertanyaan, sebahagian penonton menjawab `BN !'

Najib mengakhiri ucapannya dengan menegaskan bahawa umat Islam tidak akan maju hanya dengan slogan.

``Kita hanya boleh menjadi umat yang kuat dengan keimanan, ketakwaan, penguasaan sains dan teknologi serta membangunkan ekonomi berasaskan prinsip Islam yang kini terbukti menjadi alternatif terbaik kepada sistem kewangan konvensional yang menjadi punca krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi dunia,'' katanya. - malaysiaaktif.com

DIARI KUALA TERENGGANU
Bahagian 11

BASHIR AHMAD
13 Januari 2009

Tuesday, January 13, 2009

PAS Kluk Klek



Rata-rata mereka yang berucap di majlis Masih Kah Kau Ingat, anjuran Barisan Nasional di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, bertemakan ungkapan ‘Kluk Klek’ (hari ini cakap lain, esok cakap lain), membongkar apa yang mereka sifatkan sebagai penipuan besar pemimpin-pemimpin PAS terhadap penyokong mereka. Kalangan mereka ini adalah penyokong setia PAS. Malah ada di antara mereka setia dengan perjuangan PAS selama 35 tahun.








Salah seorang penyokong PAS, Pak Rasik yang bergelumang dengan PAS selama 20 tahun, secara terbuka merasa tertipu. “Aku tidak marah dengan penyokong PAS, mereka sebenarnya kena tipu sama seperti saya. Sehinggakan saya sanggup mengetepikan ayah sendiri dan mertua semata-mata kerana perjuangan PAS yang menolak UMNO,” katanya.
Pengakuan serupa turut disuarakan oleh Umar Khalid, bekas ahli jawatankasa Dewan Ulama PAS Pusat yang berjuang selama 35 tahun dengan PAS. Beliau mengakui sepanjang tempoh tersebut telah melalui banyak pengalaman sehingga mendatangkan keinsafan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.




“PAS kluk klek. Fatwa PAS berubah-ubah. Ibaratnya kalau kita naik bas, jadi pening dan muntah. Lebih baik kita picit loceng dan berhenti (turun). Banyak penyelewengan agama berlaku dalam PAS. Dulu PAS kata tidak boleh lantik orang bukan Islam menjadi rakan atau perintah negeri. Kini boleh belaka. Dulu kata itu ini haram, kini boleh belaka,” katanya.

Pembohongan PAS selama ini turut dijelaskan oleh Abdul rahman yang berjuang selama 18 tahun bersama parti itu. Katanya, memang sayang nak tinggalkan perjuangan PAS. Tetapi banyak perkara yang mengubah fikirannya. Kesempatan berucap di majlis tersebut beliau turut menyeru golongan muda agar jangan sesekali mempermainkan politik.
“Cukup lah pembohongan yang dilakukan oleh PAS selama ini. Cukup dashyat. Daging lembu yang disembelih oleh orang UMNO, saya kambus. Ini lah yang ditanamkan oleh pemimpin-pemimpin PAS kepada pengikut mereka. Sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Ia sudah berakar umbi. Sembelih lembu jadi isu, nak makan kena tanya dulu. Siapa yang sembelih, orang UMNO ke PAS?

Dalam majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri itu, bekas-bekas pemimpin dan penyokong PAS, mengakui, pembohongan yang dilakukan oleh PAS selama ini berjaya mengaburi mata pengikut-pengikutnya.

Salah seorang penyokong PAS menganggap, bagi sesetengah pengikut PAS, meninggalkan PAS, seperti meninggalkan Islam. “Saya Islam dulu, PAS kemudian. Saya menyeru kepada semua agar jangan keliru dengan orang-orang yang berkepentingan ini. Tak jadi hal kalau kita tinggalkan PAS. Selama ini PAS banyak cakap sahaja tapi tak pernah buat apa pun,” katanya.

Katanya lagi, apa yang PAS cakap pada pandangan penyokong mereka semuanya betul. Kalau kita menolak PAS boleh mendatangkan syirik. “Jadi kita yang jahil ni tentu lah takut. Tapi bila PAS menang pada 2004, mereka berbaik dengan orang bukan Islam dalam Barisan Alternatif. Ini lah puncanya dari keluar dari PAS. Saya tidak boleh menerima apabila PAS boleh duduk semeja dengan DAP yang terang-terangan bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS,” katanya. -nganukite.blogspot.com

Monday, January 12, 2009

Kenapa Pakatan Rakyat tidak guna satu lambang?

KUALA TERENGGANU - ``Matlamat kita semua adalah sama...untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional,'' pekik Lim Kit Siang pemimpin de facto DAP kepada ribuan pendengar berkopiah yang duduk bersila di atas pasir di sebuah kawasan lapang di Kampung Tanjong, tepi muara Kuala Terengganu malam tadi.

Itu adalah ceramah perdana sulung Pakatan Rakyat untuk calon mereka, Abdul Wahid Endut dari Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berada di pentas itu dan berucap selepas Kit Siang.

Nada dan mauduk mereka adalah sama, iaitu meminta para pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu memilih Wahid bagi meneruskan gelombang `tsunami politik' yang melanda pada 8 Mac 2008, hari pilihan raya umum ke-12.

Di depan pentas itu, berkibar sehelai bendera besar Pas dan pada sebatang tiang lagi (lihat gambar) berkibar pula bendera Pas, PKR dan DAP. Bendera Pas yang lebih besar daripada dua bendera lagi berada paling atas. Di bawahnya ialah bendera PKR yang kecil sedikit, diikuti bendera roket DAP yang lebih kecil.






Apa salahnya jika bendera-bendera tiga parti itu sama besar sunguh pun majlis itu anjuran Pas dan berlangsung di kawasan Melayu yang menyokong parti kopiah putih itu? Bagi penulis, ia melambangkan satu muafakat politik yang tidak kukuh.

Anwar dalam ucapannya menegaskan bahawa kehadiran mereka membuktikan bahawa muafakat dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah kukuh, tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media perdana yang dkuasai BN.

Cakap-cakapnya itu hanya menambah kesangsian. Selepas hanya 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah lima negeri, perpaduan dan kemuafakatan Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas, PKR dan DAP semakin diragui.

Di Selangor, Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Hassan Ali telah memberitahu media secara terbuka bahawa partinya tidak puas hati mengenai beberapa perkara yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR. Pendedahan Hassan itu mengejutkan ramai orang kerana beliau adalah anggota exco kanan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Di Perak pula berlaku pergaduhan peringkat bawahan antara Pas dan PKR. Terbaru berlaku pertikaman lidah antara pemimpin-pemimpin tinggi DAP dan Pas berhubung hukum hudud yang kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan. Kit Siang dan Karpal membantah keras.

Perkembangan ini mencetuskan pertanyaan. Jika baru 10 bulan memerintah negeri mereka sudah bertelagah, bagaimana mahu memerintah di peringkat persekutuan sebagaimana yang BN berjaya lakukan selama 51 tahun bermula dengan zaman kerajaan Perikatan.

Perbezaan ideologi yang sangat ketara dengan Pas memperjuangkan Islam, DAP mahu menegakkan Malaysian Malaysia (semua kaum sama rata) dan PKR masih dianggap sebuah parti yang wujud hanya sebagai alat kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, cita-cita yang tidak akan kunjung padam sehinga ke akhir hayatnya.

Apakah PKR, DAP dan PKR boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil jika diberi peluang sedangkan muafakat dan kerjasama mereka sekarang hanyalah dikat longgar oleh matlamat untuk menumbangkan UMNO dan BN?

Jika dalam BN parti UMNO adalah jelas menjadi ketua dan Perdana Menteri bersilih ganti datangnya dari parti itu, kedudukan dalam Pakatan Rakyat adalah samar. Buat seketika ini mereka menonjolkan Anwar sebagai Perdana Menteri, tapi selepas Anwar siapa yang akan mengambilalih?

Bolehkah Pas dan DAP menerima terus menerus pemimpin PKR yang akan menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri? Atau bolehkah Pas menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri dan sebaliknya bolehkah DAP menerima Hadi?

Persoalan ini tidak boleh dianggap kecil oleh rakyat Malaysia kerana dalam jangka panjang ia akan melibatkan kestabilan dan keamanan negara. Suasana politik di Thainland seharusnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia yang tergila-gilakan Pakatan Rakyat selepas digula-gulakan dengan slogan `Perubahan Untuk Kemenangan Rakyat.'

Menumbangkan sebuah parti lain yang memerintah bukanlah matlamat sebenar politik demokrasi. Matlamat sebenar ialah untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik.

Jika Pakatan Rakyat benar-benar serius untuk meyakinkan rakyat bahawa akan benar-benar membawa perubahan, mereka sendiri hendaklah menunjukkan bukti wujudnya mufakat dan kerjasama tulen antara Pas, DAP dan PKR bermula sekarang.

Rakyat wajar membuat penilaian dengan melihat kepada muafakat lawan mereka BN yang merupakan gabungan politik yang lebih stabil walaupun mempunyai lebih banyak parti komponen. Matlamat utama muafakat BN ialah mewujudkan perpaduan dan kemajuan untuk semua rakyat yang berlainan kaum dan agama atas dasar toleransi dan tolak ansur. Itulah formula yang membolehkan Perikatan dan kemudian BN diterima oleh rakyat dan memerintah selama 51 tahun.

Pada hemat penulis, adalah satu kesilapan yang besar jika ramai yang menyokong Pakatan Rakyat semata-mata disebabkan isu beberapa kelemahan BN yang dieksploitasi serakus-rakusnya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sehinga sampai ke tahap mereka membenci parti yang tidak boleh dinafikan telah menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang paling pesat membangun.

Demokrasi di Malaysia yang didakwa semakin sempit oleh Pakatan Rakyat sebenarnya semakin terbuka. Jika tidak, masakan Pakatan Rakyat boleh memerintah di lima negeri sekarang.

Memang benar beberapa media utama seperti akhbar dan TV masih dikuasi BN, tetapi lihatlah sekarang betapa beberapa akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan, Sahsiah dan beberapa lagi amat jelas bukan sahaja propembangkang, tapi langsung tidak memberikan ruang kepada BN selain memuatkan cerita yang menghentamnya habis-habisan.

Selain media tradisional ini, pembangkang sejak tahun 1998 telah menggunakan dan menguasai media baru internet sebagai alat propaganda mereka sehingga ke peringkat yang `meloyakan' pembaca yang beradab dan bersopan-santun.

Maka kepada soalan benarkah Pakatan Rakyat merupakan alternatif yang lebih baik kepada BN, rakyat perlu mendapatkan jawapan yang tepat sekarang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pilih menyesal kemudian tidak berguna.

Jika Pakatan Rakyat benar-benar sebuah pakatan yang kukuh, wajar ditanya kenapa mereka masih bertanding di atas lambang masing-masing, tidak menggunakan satu lambang seperti BN? Pas dengan bulan gerhananya, DAP dengan roketnya dan PKR dengan `mata.' Tanpa bernaung di bawah satu lambang seperti BN, maknanya ketiga-tiga parti itu masih tidak ikhlas dan kukuh dalam muafakat mereka. Mereka masih saling mencurigai.

Muafakat sementara mereka yang longgar ini hanya diikat dengan tali yang mudah putus kerana dipintal hanya daripada kebencian dan dendam untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Maka andainya ditadirkan mereka berkuasa kelak, dalam tempoh yang tidak panjang, muafakat yang longgar itu pasti akan terurai jika tidak terputus.

Jika itu berlaku, rakyat Malaysia akan berhadapan dengan suasana baru yang lebih tidak menentu dan tidak stabil. Barangkali sama seperti Thailand atau lebih teruk lagi. - malaysiaaktif.com

DIARI KUALA TERENGGANU - Bahagian 8
BASHIR AHMAD
7 Januari 2009

Sunday, January 11, 2009

Hudud Mania: Kit Siang tewaskan Hadi

DULU ceramah-ceramah Pas tak sah kalau tidak menjaja isu hudud. Di Kelantan, kerajaan pimpinan Nik Aziz bentang enakmen hudud untuk laksanakan hukum hudud. Kemudian Pas di bawah pimpinan Hadi Awang juga bentangkan enakmen hudud walaupun mereka tahu ia tidak boleh dilaksanakan.

Apa yang Nik Aziz dan Hadi buat hanyalah sekadar untuk menunjukkan kononnya Pas serius untuk melaksanakan hukum hudud. hakikatnya mereka tahu ia sukar dilaksanakan di Malaysia yang bersistem demokrasi berparlimen. Mesti mendapat sokongan bukan Islam jika mahu dilaksanakan. Lainlah jika demokrasi digantung dan pemerintahan diktator memaksa undang-undang hukum hudud dilaksanakan.




Tapi dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu, sudah tidak kedengaran penceramah-penceramah Pas menjaja isu hudud. Barangkali mereka telah dapat arahan supaya tidak menyentuh isu tersebut supaya tidak menyinggung perasaan DAP. Baru-baru-baru ini Lim Kit Siang dan Karpal Singh melenting apabila Naib Presiden Pas, Husam Musa bercakap kononya hukum hudud akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.

Kalau macam itu, sahlah Kit Siang, Karpal dan DAP lebih berkuasa dalam Pakatan Rakyat. Mana dia perjuangan dan semangat Islam sejati Pas. Disergah Kit Siang dan Karpal, Hadi pun arah penceramah-penceramah Pas tutup mulut di Kuala terengganu.

Maka benarlah mesej sebuah poster mini yang Si Keldai temui dalam blog bolokwokganu. Jika anda belum melihatnya, silalah renungi maksud poster di bawah ini yang berjudul Hudud Mania yang diilhamkan daripada kejohanan gusti paling popular Wrestle Mania anjuran World Wrestling Federation (WWF).

CUBIT-CUBIT
10 Januari 2009
(petikan www.malaysiaaktif.com)

Wednesday, January 7, 2009

Majlis rasmi markas PKR kucar-kacir

PAGI Rabu, 7 Januari sepatutnya disambut meriah oleh jentera pentadbiran dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Markas PKR yang tersergam di Gong Kapas, dirasmikan.
Bangunan tiga tingkat yang baru siap itu dipasang dengan bendera besar Keadilan dan di depannya terbina beberapa khemah dengan lilitan plastik rentang dipapar dengan gambar wajah Anwar Ibrahim, Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin kanan parti.

Sejak awal lagi, tempat letak kereta sebelah banguan sudah penuh tetapi penyokong tidak berduyun-duyun datang. Tidak ada kesesakan jalan raya di situ. Segalanya macam sunyi sepi.
Hairan juga, mana dia barisan penyokong dan kumpulan yang sentiasa membontoti Anwar ke majlis-majlis dan ceramah PKR atau lebih tepat pembangkang.

Malang tidak berbau rupanya. Majlis dicemari dengan peralatan mikrofon yang tidak berfungsi.
Sekejap ada, sekejap sepi. Bila kedengaran orang bercakap di barisan depan, suaranya seperti di dalam gua - perkataan diluahkan tidak kedengaran.
Di bahagian belakang khemah pula, periuk-periuk makanan tidak teratur. Air batu minuman hadirin tidak dapat digaul kerana ais belum tiba-tiba.
Sedang petugas PKR termasuk Naib Presiden Mustapha Kamal berulang-alik cuba meminta peralatan pembesar suara dibetulkan segera, Anwar pun muncul dengan dua kereta pengiring.
Mikrofon masih diuji lagi. Semua peralatan dibawa turun dari tingkat tiga dan terpaksa dipasang di bawah.

Keadaan kelam kabut. Pemandu Anwar mundar mandir dan ambil-alih operasi. Barulah mikrofon boleh digunakan itupun tidak sempurna.
Selepas majlis perasmian selesai, air minuman baru saja dibancuh. Orang ramai yang mengambil mihun merah terpaksa makan pakai tangan sebab tidak disediakan sudu atau garpu.
Anwar dan jemputan penting termasuk Mustafa Ali dan wakil DAP tidak merasai kesukaran itu kerana mereka dibawa naik ke tingkat tiga untuk dijamu dalam bilik berhawa dingin.
Anwar tidak boleh bercampur lagi dengan penyokongnya daripada golongan marhain?
Hai PKR jentera penganjur majlis sebegini pun tidak teratur. Macam kena sabo saja si Anwar ni.
Kan Gong Kapas antara kubu Pas dan beberapa meter dari markas PKR adalah bangunan UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

PKR dan Anwar masuk Terengganu dah dapat restu Presiden Pas, Hadi Awang kah?
Inilah parti yang hendak mentadbir negara. Satu majlis kecil pun gagal diurus dengan cekap dan licin.-malaysiaaktif.com

Nasir Sukiman
8 Jan 2009

Tuesday, January 6, 2009

Coretan Nganukite :Macam-macam hal…


Walaupun pusat penamaan calon di Stadium Negeri hanya dibuka pada jam 9 pagi, sebahagian besar penyokong PAS sudah pun berkumpul seawal pagi di sekitar Bulatan Batu Bersurat di persimpangan Jalan Sultan Mahmud. Kawalan keselamatan juga begitu ketat. Hanya mereka yang memiliki pas keselamatan sama ada pas media atau pas yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja yang dibenarkan masuk.






Sepanjang Jalan Sultan Mahmud ditutup. Awang lihat ratusan pasukan keselamatan memenuhi sekitar Jalan Sultan Mahmud menuju ke pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Bagi Awang itu pemandangan biasa. Maklum lah dalam keadaan sebegitu, kita tentu tidak mahu melihat berlaku kejadian-kejadian tidak diingini. Macam-macam boleh berlaku.



Sedikit provokasi yang disuarakan oleh mana-mana penyokong parti boleh menyemarakkan suasana. Seperti menyimbah minyak ke dalam api. Sekali berlaku, memang sukar dikawal. Bila pasukan keselamatan bertindak, mereka tidak boleh terima. Dituduh pula pasukan keselamatan kejam, bertindak kasar dan berbagai-bagai tuduhan lain.







Awang nak ucap tahniah kepada pasukan keselamatan kita kerana berjaya mengawal keadaan dan proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Apa yang Awang lihat, penyokong PAS nampak sedikit agresif berbanding penyokong BN. Sepanjang proses tersebut tak henti-henti mereka melaungkan ungkapan ‘jahanam BN’, ‘hidup Islam’ selain selawat Nabi dan takbir seperti kebiasaannya.
Cuma yang menimbulkan tandatanya di hati Awang dan mungkin juga mereka yang hadir ialah, sanggupkah rakan-rakan PAS dari Perikatan Rakyat terutamanya DAP dan penyokong bukan Islam dari Keadilan, menerima atau bersama-sama rakan PAS mereka melaungkan ‘hidup Islam’?
Setahu Awang, apa juga isu membabitkan agama Islam yang diperjuangkan PAS tidak disenangi oleh rakan dari Pakatan Rakyat. Konsep negara Islam yang PAS perjuangan sehinggalah kepada pelaksanaan hukum Hudud, langsung tidak mendapat tempat di hati Pemimpin DAP. Di pihak Keadilan pula, nampaknya mereka membisu walaupun DAP mahukan Penasihat Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penjelasan.


Jadi apa yang Awang nampak di hari penamaan calon ini lebih kepada perjuangan PAS sebagai sebuah parti berbanding perjuangan yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat. Nampak benar, masing-masing ada kepentingan dan mempergunakan satu sama lain untuk kepentingan sendiri. Pada pengamatan Awang yang menjadi mangsanya ialah penyokong-penyokong bawahan sedangkan di kalangan pemimpin parti memang jelas tidak wujud kesepakatan.-nganukite.blogspot

Penamaan Calon P036 Kuala Terengganu






Ahli Parti Perlu Ada Jiwa

Muhamad Irfan
Malaysiaaktif.com

Boleh dikatakan hampir ke semua pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO hadir pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Pergerakan Sayap Barisan Nasional di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Ia juga menjadi tanda sokongan tidak berbelah bagi parti kepada calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini cukup penting bagi BN, juga akan menjadi satu petunjuk jelas kepada BN selepas kekecewaan pada Pilihan Raya Umum Ke12 lalu. Menurut beliau, walaupun banyak ulasan dibuat tentang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini yang dianggap sebagai satu ujian kepada Perdana Menteri Dato, Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga bukan buat diri beliau mahupun Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tetapi adalah untuk parti dan rakyat.

Dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan tentang tema Mesra Rakyat dan pentingnya tema tersebut didalami maksudnya dalam prespektif yang lebih luas dan bukan hanya setakat menjadi mainan di bibir pasukan jentera pergerakan sayap BN pada pilihan raya kali ini. Seperti kata beliau, orang kampung tidak pandang kepada tingginya pendidikan seseorang, latar belakang kehidupan kita tetapi apa yang lebih mereka pentingkan ialah kesopanan. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, cuba memahami adat dan budaya setempat, kena ikut cara dan adat orang-orang di kampung.

Dalam ucapannya Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut menegaskan bahawa matlamat paling penting dalam menghadapi pilihan raya kecil kali ini ialah untuk memperkuatkan BN untuk kepentingan rakyat. Dalam masa yang sama beliau mengingatkan agar calon-calon yang bakal bertanding dalam pemilihan parti Mac nanti menolak ke tepi kepentingan peribadi dan ini bukan lah masa yang sesuai untuk menyebarkan kepentingan atau agenda politik masing-masing.

Seperti yang beliau katakan, kekalahan BN dalam pilihan raya lalu dan terbaru di Permatang Pauh berpunca daripada sikap ahli-ahli parti. Cemburu sesama sendiri, dengki mendengki dan cantas mencantas. Menurut beliau penyakit ini lah yang merosakkan parti dan sudah tiba masanya parti melalui proses reform untuk mengembalikan semua rakyat kepada parti.

Datk Seri Najib Tun Abdul Razak juga mengingatkan agar setiap ahli mempunyai rasa sayang kepada parti melebihi segala-galanya. Berbanding masa lalu, orang berkerja semata-mata untuk parti dan tidak ada kekayaan yang ingin dikejar. Beliau menganggap, hari ini ahli parti begitu lemah daripada segi jiwa. Apa yang beliau ucapakan itu jika diamati memang ada kebenarannya. Kebanyakan golongan muda yang menyertai parti hari ini hanya menjadi pengikut semata-mata tanpa memahami falsafah dan perjuangan sebenar parti akibatnya mereka tidak ada’jiwa’ dalam perjuangan dan parti.

Seperti kata beliau, jika BN dan UMNO ingin dipulihkan, ahli parti perlu yanya pada diri sendiri. Tidak ada ubat yang lebih mujarab selain kesedaran di kalangan ahli parti. Hari ini bukan lagi masa untuk berretorik tetapi berusaha untuk melangkah ke depan, menjaga moral, menguasai teknologi dan ilmu kerana terbukti BN dan UMNO pada hakikatnya masih disisi rakyat. Cuma apa yang diperlukan adalah komitmen ahli parti untuk melengkapkan sebuah perjuangan.

Monday, January 5, 2009

Atur Cara Timbalan Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Haji Najib Tun Haji Abdul Razak pada 6 Januari 2009

Berikut adalah atur cara Timbalan Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Haji Najib Tun Haji Abdul Razak pada 6 Januari 2009:

7.00 pagi - Berkumpul di Kediaman Seri Iman, Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, Kuala Terengganu.

8.00 pagi - Berarak ke Pusat Penamaan Calon P036 Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

11.00 pagi - Pengumuman Calon oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya P036 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu

-http://media.inform.gov.my/e-press/.

USIA BUKAN HALANGAN, KITA BOLEH.....



“memikat pun mesti ada caranya. Tua pun boleh, kalau yang muda lagi baik,” itulah agaknya respon spontan calon PAS apabila dikelilingi perempuan tanpa memikirkan lagi soal muhrim atau tidak.


KUALA TERENGGANU, 3 Jan – Walaupun boleh dianggap nenek, asalkan ia adalah seorang wanita, calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Abd Wahid Endut sanggup menaburkan janji akan menyuntingkan asalkan boleh memberikan kemenangan nanti.

Tidak hairanlah jika beliau berjanji akan “membantu menyediakan laluan ke syurga, kerana mengundi PAS dapat pahala. Pahala akan membawa kita ke syurga, apatah lagi jika sanggup berkorban apa saja demi melangsungkan perjuangan dan kemenangan PAS.”

Setelah lima penggal menjadi wakil rakyat di DUN Wakaf Mempelam, beliau amat dikenali paling banyak menaburkan janji. Seorang pengundi Kuala Terengganu ketika ditemui berkata, tidak menyangka Abd Wahid dipilih sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu kali ini. "Saya gembira. Walaupun sudah tua, saya rela dan jika mengambil semuanya saya amat gembira.”

Memang benarlah seperti yang pernah dijanjikan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebelum ini bahawa calon PAS adalah seorang yang baik , bertanggungjawab dan berjiwa perempuan. Berapa ramai pun tidak takut, tua atau muda bukan penghalang. Yang penting, ia mestilah perempuan. -(petikan dari bolokwokganu.blogspot.com)

Sunday, January 4, 2009

Coretan Nganukite: Mat Sapu … ops sorry… Mat Sabu….



SIAPA sebenarnya dipilih sebagai calon Pas bagi menghadapi Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu17 Januari ini?
Mengikut pengumuman Presiden Pas, Hadi Awang, Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, tetapi berdasarkan kempen siang malam dan ucapan ‘berapi-api’ seperti Mohamed Sabu yang bakal didaftarkan sebagai calon pada Selasa, 6 Januari.
Naib Presiden Pas itu sudahpun memegang mikrofon di ceramah-ceramah parti itu di Putik dan di Pekan Manong, malam Sabtu dan Ahad.

Di depan lebih 1,000 penyokong Pas beliau membangkitkan beberapa isu hangat seperti BN atau khususnya Umno berusaha gigih menarik balik undi Melayu yang disambar Parti Keadilan Rakyat.
Undangan khas dua ceramah itu adalah Teresa Kok yang kemudian dijamu oleh Mat Sabu.
Awas usah beria-ria mahu menghidangkan juadah manis bagi Teresa Kok, kerana beliau tidak suka dan tidak serasi makan nasi, ikan dan sayur. Anak tunggal manja itu suka bersarapan dan makan tengah hari bubur saja.
Wahid nampaknya belum lagi bersedia untuk keluar dari ‘lubuknya’ walaupun pengyokong dan pengikutnya sudahpun bersesak-sesak di depan Masjid Singgahsana, Azzahra berhampiran Kampung Wakaf Mempelam, sebaik saja selesai solat Jumaat.
Kasihan Mat Sabu yang jelas sudah kena ‘sabo’. Namanya diketengahkan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat sebagai calon. Beliau menonjol daripada kalangan pemimpin Pas yang duduk di atas pentas Stadium Negeri, tetapi Mat Sabu kecewa nama beliau tidak naik.
Hai Mat Sabu apa kan daya, orang Kedah tidak usahlah sibuk di Nganukite. Hang kan tewas di P36, pada 8 Mac lalu.
Jelas ‘ayam laga’ Pas ini sudah tidak ada gelanggang lagi nak bertarung. Tajimu sudah tumpul dan dipatahkan pada pilihanraya umum lalu.- nganukite.blogspot.com

Kehadiran Polis dan Bermacam Andaian




Orang Kuala Terengganu dah mula rimas dengan kehadiran ratusan pasukan keselamatan menjelang pilihan raya. Bagi Awang biasa lah. Mereka bukan didatangkan untuk suka-suka. Ini membabitkan soal keselamatan awam. Maklum lah dalam pilihan raya, macam-macam boleh berlaku. Kita sudah ada pengajaran daripada kejadian pada pilihan raya lalu. Jadi kita ambil iktibar dan tidak perlu lah rasa takut. Jangan kita buat andaian yang bukan-bukan.

Malah Ketua Polis Terengganu sendiri sudah pun beri penjelasan. Jangan takut dengan kehadiran pasukan polis dan jangan anggap keadaan seolah-olah tidak selamat. Semua itu adalah langkah berjaga-jaga selain membantu untuk pastikan pilihan raya kecil kali ini berjalan lancar. Penting untuk semua pihak. Jangan lah kerana kehadiran lebih 3,000 anggota polis, kita buat spekulasi bukan-bukan. Sehingga ada yang termakan dengan andaian-andaian buruk yang kita buat.

Bagi penduduk Kuala Terengganu dan daerah sekitarnya kena lah terima. Semua ini untuk kebaikan kita semua. Kesesakan jalan, sekatan jalan hanya lah sementara. Biarkan polis menjalankan tugas mereka. Kita pula kena lah patuh. Masing-masing berikan kerjasama. Kalau sebelum ini kita keluar ke pejabat pada waktu biasa, dalam tempoh seminggu dua ni cuba lah ubah. Kalau boleh keluar lah awal sedikit. Cuba elakkan kesesakan. Berkorban lah sikit.

Polis pula, dalam menjalankan tugas, juga perlu lah bertimbang rasa. Dalam menjalankan tugas, mereka juga ambil kira masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Arahan-arahan atau tindakan yang diambil nanti jangan lah sampai menyusahkan orang ramai. Kena lah mesra rakyat sikit. Banyak-banyak kan lah senyum. Bila kita senyum dan mesra, sejuk lah sikit hari orang ramai yang terpaksa berdepan dengan kesesakan dan sekatan jalan raya. Bila lihat muka polis yang senyum dan ramah, nak marah atau merungut langsung tak jadi. Kan baik begitu.

Kita sebagai rakyat kena faham. Jangan asyik merungut dan marah kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah begini. Itu sudah menjadi tanggungjawab mereka. Kalau jadi apa-apa, kita juga yang susah. Jadi mau tak mau, terpaksa lah kita terima dan hadapi. Jangan kita syik menyalahkan orang lain. Polis buat langkah berjaga-jaga begini kita kata menyusahkan dan bila berlaku kejadin yang tidak diingini, kita salahkan polis juga. Tak adil begitu. Jadi sebelum apa-apa berlaku, biarkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Sebagai rakyat, kita berikan kerjasama.-nganukite.blogspot.com

Kokok berderai-derai, tahi berjurai-jurai

CUBIT-CUBIT
4 Januari 2009

KESIAN Mat (Mohamad) Sabu. Tuan Guru Nik Aziz cadangkan dia jadi calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tapi Tuan Guru Haji Hadi setelah bersolat istikarah dapat ilham Abdul Wahid Endut lebih layak. Malah pada firasat Si Keldai, nama Mat Sabu berada paling bawah selepas Syed Azman dan Mustafa Ali yang turut diketepikan.



Barangkali kerana kesian kepada Mat Sabu, beliau awal-awal lagi telah diberikan peluang untuk bercakap di pentas Pas walaupun kempen belum bermula secara rasmi. Maka berkokoklah `ayam sabung' Pas ini di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Pada Mac lalu, Mat Sabu adalah calon Pas melawan Allahyarham Razali Ismail di Kuala Terengganu tapi kalah dengan majoriti 628 undi. Turut berentap ialah calon bebas yang tersohor,Tok Mun yang dapat 685 undi. Kalaulah Tok Mun tak bertanding, siapalah yang dapat 685 undi itu. Razali atau Mat Sabu? Atau bagi sama rata dan Mat Sabu tetap kalah.

Mat Sabu orang Kedah. Fasal apa dia tidak mendapat tempat di Kedah. Ada pepatah Melayu berbunyi `berkokok berderai-derai, tahi berjurai-jurai.' Adakah kerana Pas Kedah menganggap Mat Sabu suka `berkokok berderai-derai, tapi tahi berjurai-jurai?'

Mat Sabu pernah jadi Ahli Parlimen di Kelantan. Selepas tewas pada 2004, dia tidak lagi diberikan peluang untuk bertanding di negeri itu. Ialah, orang Kelantan pun nak bertanding juga. Sebab itulah dia diletakkan di Terengganu pada Mac 2008.

Tapi sebenarnya Mat Sabu tidak kisah sangat fasal jadi calon. Dapat pun boleh, tak dapat pun tak mengapa.

Yang paling penting Mat Sabu dapat berkokok. Kalau tak dapat berkokok, Mat Sabu pasti marah. Dia akan menaji semua orang. Haji Hadi faham sangat perangai Mat Sabu ini. Sebab itulah dia awal-awal lagi diberi peluang untuk berkokok di Kuala Terengganu. Sebelum hari penamaan calon 6 Januari, Mat Sabu sudah diberi peluang berkokok.

Selepas 6 Januari ini, tengoklah Mat Sabu akan ke hulu ke hilir untuk berkokok. Banyak orang suka dengar Mat Sabu berkokok. Sebabnya kokokannya sangat menghiburkan. Kalau tuan-tuan susah hati, pergilah dengan ceramah Mat Sabu. Akah hilanglah duka-lara seketika. Tapi tanggunglah sendiri dosa jika tuan-tuan mempercayai cakapnya

Fasal memperlekeh dan mencaci orang lain, tiada siapa boleh lawan Mat Sabu. Yang menghairankan, kerja mencerca dan mencaci ini bertentangan dengan ajaran al-Quran. Tapi Mat Sabu adalah penceramah Pas yang paling popular. Dengan modal pandai berkokok dia dapat jadi Naib Presiden Pas. Nik Aziz pun sangat sukakannya. Inilah yang Si Keldai tidak faham. Pelik bin Ajaib bin Bingung.

Di Kuala Terengganu, Pas sudah hantar Mat Sabu awal-awal lagi untuk berkokok. Barangkali ramai orang di Kuala Terengganu yang berduka-lara. Mereka perlu dihiburkan. Nak hantar artis menyanyi macam Jom Heboh TV3 tak boleh. Itu semua haram bagi Pas.

Maka dihantarlah Mat Sabu untuk menghibur mereka yang berduka-lara. Semua orang suka dan ketawa. Mat Sabu cukup suka tengok orang ketawa. Tak dapat jadi calon pun tak apa. Kokok berderai-derai, tahi berjurai-jurai.

SI KELDAI

Cakap Wan Muttalib kepada TV3 tidak betul

CUBIT-CUBIT
2 Januari 2009


BULETIN Utama TV3 mamelaporkan Wan Muttalib Wan Embong, Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil KT Pas memberi jaminan bahawa parti itu tidak akan menyerang peribadi calon BN, Wan Ahmad Farid.
Bagi Si Keldai, jika benar Wan Muttalib berkata demikian, beliau tidak bercakap betul.

Lupakah beliau yang Haji Hadi Awang semasa berucap mengumumkan nama calon Pas di Stadium Negeri, Kuala Terengganu malam tadi antara lain berkata ``calon Pas tidak menyanyi karaoke dengan perempuan dan tidak rasuah.''

Ramai yang ketawa mendengar cakap Tuan Guru. Mereka faham maksud `ulama besar' Pas itu kerana mereka telah membaca cerita blog (blog puak Pas?) yang disiarkan bersama gambar( lihat gambar dibawah) Wan Farid sedang menyanyi karaoke. Dalam gambar itu kelihatan seorang wanita di sebelah Wan Farid.

Kenapa Haji Hadi membangkitkan soal `calon Pas tidak menyanyi karaoke dengan perempuan' sedangkan Wan Farid telah menjelaskan dalam media bahawa gambar yang disiarkan dalam blog nakal itu dirakamkan dalam majlis keluarga dan wanita tersebut adalah anak saudara perempuannya. Apa salahnya menyanyi karaoke dalam majlis keluarga dan duduk sebelah anak saudara?

Sahabat karib politik Haji Hadi yang bernama `Syeikh' Anwar Ibrahim juga pernah menyanyi karaoke dalam satu majlis (bukan majlis keluarga) dan menari dengan seorang wanita Cina dalam satu majlis (juga bukan majlis keluarga).

Kalau perbuatan Wan Farid salah, tentulah `Syeikh' Anwar 10 kali salah. Tapi kenapa Haji Hadi dan Pas menyokong kuat `Syeikh' Anwar untuk jadi Perdana Menteri?

Wan Muttalib pula satu hal. Apa fasal bercakap temberang dengan TV3? Adakah beliau tidak faham apa yang Haji Hadi maksudkan dengan `calon Pas tidak menyanyi karaoke dengan perempaun.'

Wang Muttalib duduk dekat di belakang Haji Hadi semasa Presiden Pas itu berucap. Barangkali beliau terlena ketika itu. Maklumlah jadi Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil KT banyak kerja. Terpaksa bersengkang mata setiap malam. Kalau beliau tidak mendengar ucapan bosnya, maka beliau tidak menjalankan tugas dengan betul.

Apa yang Haji Hadi cakapkan malam tadi adalah `amanat.' Itulah juga yang diumumkan oleh pengerusi majlis. Amanat...amanat...amanat untuk menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Jika Haji Hadi sudah siang-siang lagi menyerang peribadi calon lawan, maknanya Wan Muttalib tidak bercakap benar. Pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak bercakap benar. Apa hukum orang yang tidak bercakap benar?

SI KELDAI

Coretan Nganukite : Cerita Di Sebalik Sotong Celup Tepung

Bila dah ada di Kuala Terengganu ni, kesempatan yang ada Awang ambil untuk jumpa rakan lama. Maklum lah lama tak jumpa banyak yang nak dibualkan. Awang tak berapa faham selok belok Kuala Terengganu ni, nak berbual panjang, apa kata kita gi makan ikan salut tepung di pantai Batu Rakit, dia mempelawa. Katanya kat situ ada sebuah gerai yang sedap kalau nak makan makanan laut yang dicelup tepung.

Awang ikut sahaja lah. Dek kerana hujan, kami pandu kereta agak perlahan. Jadi ada lah peluang untuk Awang melihat-lihat pemandangan sekitar sepanjang perjalanan. Awang yang dah lapan tahun tak datang ke negari ini, agak terperanjat melihat pembangunan sekitar. Hebat. Berdetik di hati Awang. Lapangan terbang baru, stadium baru, kompleks Universiti Malaysia Terengganu dan banyak lagi.

Kerana leka dengan apa yang Awang lihat, tak sedar kami dah sampai ke tempat dituju. Memang benar kata rakan Awang. Walaupun hujan renyai-renyai, deretan kerata membuktikan rakan Awang tidak berbohong. Sambil duduk menjamah, terdengar di telinga Awang, beberapa orang yang duduk di meja belakang Awang berborak dalam bahasa Terenganu, bercakap tentang isu-isu pilihan raya.

Apa lagi Awang pasang telinga. Banyak yang mereka ceritakan. Topik perbualan, apa lagi kalau bukan mengutuk Barisan Nasional dan UMNO. Sah mereka ini penyokong kuat PAS. Bagi mereka apa yang BN buat tak betul belaka. Ada sahaja salahnya. Itu tak patut lah. Ini tak baik lah. Macam-macam. Itu belum masuk bab kutuk mengutuk pemimpin-pemimpin UMNO negeri. Ada sahaja silap dan tidak kena pada mereka.

Bagi Awang, biar lah. Itu hak mereka. Menentukan siapa pemimpin juga hak dan tanggungjawab mereka. Tapi bagi Awang mudah sahaja. Kalau kita tak suka apa yang kerajaan sudah buat, mengutuk apa juga projek-projek yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN Terengganu, jangan gunakan. Tapi mereka ni bagi Awang tak sedar, dalam mengutuk dan menghentam, meraka juga yang tanpa segan silu pergi ke Pulau Wan Man memuji kecantikan Masjid Kristal, menggunakan lapangan terbang dan mereka juga yang dapat untung berniaga apabila ramai orang ke Terengganu. Tu belum masuk soal pendidikan dengan tersergamnya Universiti Malaysia Terengganu, Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia dan Universiti Darul Iman . Untuk apa semua itu, kalau bukan untuk anak-anak Terengganu juga!

Entahlah. Apa sebenarnya yang mereka inginkan. Susah untuk Awang katakan. Sambil makan, Awang terus curu-curi dengar apa yang mereka bualkan. Sehinggakan rakan Awang yang sejak tadi perasan dengan perbuatan curi-curi dengar perbualan mereka, mencelah. Biarkan lah. Dah begitu menteliti mereka. Susah nak ubah.

Awang tak setuju dengan pandangan rakan Awang. Pada pandangan Awang, menteliti mereka ini boleh diperbetulkan. Tidak susah jika mereka semua tahu mensyukuri apa yang mereka perolehi hari ini. Mungkin bunyinya agak sedikit kasar tapi itu lah hakikatnya.- nganukite.blogspot

Saturday, January 3, 2009

Coretan Nganukite : Kari Manis

Bukan saja kari, gadis Nganukite juga manis-manis belaka

ORANG kata jika kuah kari dan sambal yang sepatutnya pedas, menjadi manis, susahlah.
Apatah lagi ditambah gulai kawah yang kelihatan coklat akibat dimasukkan gula Melaka sekali.
Namun, bagi penggemar kari Mamak dari Kuala Lumpur yang terpaksa bersarapan roti canai dengan gulai manis di gerai-gerai dan restoran Ngantukite, kehadiran sebuah gerai khas di Mydin Mall, Jalan Sultan Mohamad, akhirnya menjadi pengubat rindu.


Gerai yang dibuka 24 jam itu juga akhirnya boleh dijadikan tempat melepak bagi petugas yang berkumpul di negeri penyu bertelur ini bagi membuat liputan pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu.
Karinya tetap mewarisi keenakan rempah ratus dan kepedasan sederhana seperti kuah di restoran mamak di hampir setiap pelusuk bandar dan bandar baru di tengah dan sekitar KL.
Tapi usah salah sangka, di Nganukite, bukan saja roti canai dan kari manis dihidangkan, boleh dikatakan semua jenis kuih pun manis-manis belaka.

Anda juga jangan terkejut, kebanyakan pengendali gerai di tepi jalan seperti Jalan Kuala Berang, Marang, adalah wanita dibantu anak gadis kecil molek.
Nasi minyak, kuah kawah bersama acar dan nasi lemak sambal manis dibungkus sejak lepas solat Subuh lagi. Selain diletakkan di gerai, ia diedar oleh wanita menunggang motosikal yang juga membonceng pelbagai jenis roti dari kedai Melayu kita.


Gerai keropok lekor juga diurus wanita belaka. Jelas wanita lebih gigih berniaga bukan saja di Pasar Payang malah di hampir semua gerai dan restoran Nganukite. Syabas wanita Nganukite.
Sempena pilihanraya kecil KT kali ini, seperti biasa ramai kaum lelaki dan golongan tua sejak selepas azan Subuh lagi sudah pun berada di masjid-masjid terutama di kubu kuat Pas di Wakaf Mempelam.

Di Singgahsana, iaitu kediaman persinggahan sebelah masjid utama di Wakaf Mempelam, pemuda Pas mengambil kesempatan daripada solat Jumaat kelmarin untuk berkempen.
Jalan raya yang terhalang oleh tiga, empat lapis kereta jemaah terus sesak namun begitulah aksi golongan taksub kepada Adun Pas, Mohamad Abdul Wahid Endut yang akan menentang Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada 17 Januari ini.
Salam perkenalan kari dan gulai manis Nganukite, takpele sebab yang menghidangkannya pun si gadis comel putih melepak manis-manis belaka! -nganukite.blogspot

Pilih Parti Bukan Individu

Dari semalam lagi awang dok borak nga member yang baru sampai dari KL mengenai calon BN dan calon PAS, semua orang asyik memberi pandangan beza-beza. Awang pun kata hok dok bising-bising masa pengumuman calon PAS dalam Stadium negeri kata PRK Kuala Terengganu ni bukan antara individu tapi antara parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kalu nak gitu awang raso baik kita kata semua pilih la parti bukang pilih calon. hok sedap benar, celik-celik mata hari ni ,belik surat khabar utusan. pun setuju nga awang.

Tapi tok tahu la ,tengok keadaan warga pengundi Kuala Nganu la, kalu takdok isu panas pasti akan buat pilihan bijak mengekalkan calon yang mewakili parti yang telah terbukti dengan
melaksanakan janji mereka.



Awang akan buat siri coretan bersama member awang yang baru sampai ni untuk artikel yang akan datang

Friday, January 2, 2009

PAS Jangan Sembunyi Hakikat

PAS nampaknya awal-awal lagi sudah memukul canang. Waktu proses pengumuman calon di Stadium Negeri, Kuala Terengganu kelmarin, pemimpin PAS mahupun pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat nampak bersungguh-sungguh menyakinkan pengundi agar berani untuk melakukan perubahan kepimpinan di Parlimen Kuala Terengganu.



Walaupun tarikh berkempen sebenar belum tiba, PAS dan Pakatan Rakyat seperti tidak sabar-sabar. Ketika diberi kesempatan berucap, masing-masing sempat menyelitkan mesej menghentam kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin UMNO. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang UMNO dan BN lakukan di Terengganu selama ini. Nyata buruk benar pandangan dan anggapan mereka terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan BN. Apakah ini caranya pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat untuk memancing undi dan sokongan dengan mengajar mereka untuk membenci dan menghina orang lain? Adakah itu yang diajar oleh Islam?

PAS sendiri rasanya sudah berulang kali mengingatkan penyokongnya agar jangan menyerang atau memburuk-burukkan peribadi calon lawan. Tapi nampak gayanya, pemimpin PAS sendiri yang beria-ia membuka cerita. Apa sudah jadi!

Bukan setakat membuka keburukan pemimpin lawan, kerajaan Terengganu juga dituduh zalim dan mengkhianati rakyat. Apa yang telah pemimpin BN dan UMNO Terengganu sudah buat sehingga dituduh sedemikian rupa? Apakah dengan hanya menganjurkan kejohanan Piala Monson, kerajaan Terengganu dituduh zalim terhadap rakyat? Seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang sebelum memperkenalkan calon PAS kelmarin, penganjuran kejohanan itu tidak membawa sebarang faedah dan manfaat kepada rakyat Terengganu.

Bagi PAS adalah lebih baik jika kos penganjurannya disalurkan kepada pembangunan rakyat miskin. Rasanya, selama ini kerajaan Terengganu tidak pernah melupakan rakyat termiskin. Sudah banyak yang dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup golongan ini. Umpamanya dalam bajet 2009, objektif utamanya ialah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan memilih tema ‘Merakyatkan Pembangunan’ sebagai slogan bajet. Atau dengan lain perkataan, sebarang perancangan dan perlaksanaan pembangunan negeri, syarat utama yang diperhalusi islah, mesti mengutamakan kepentingan dan memberi keuntungan secara total kepada rakyat Terengganu.

Apakah semua ini belum cukup bagi rakyat Terengganu atau beliau lupa atau sengaja menyembunyikan fakta. Jangan lah kerana ingin mencari pengaruh kita tutup mata melihat apa yang berlaku disekeliling kita. Piala Monson bukan calang-calang perlumbaan perahu layar. Ia bertaraf dunia. Sudah pasti mendapat liputan meluas media antarabangsa. Impaknya tentu besar kepada Terengganu – memperkenalkan lagi Terengganu yang unik budaya dan pulau-pulau percutiannya yang bertaraf dunia.

Pemimpin PAS jangan cuba menyembunyikan hakikat. Sepanjang Piala Monson, berapa ramai pelancong luar yang membanjiri Terengganu? Siapa yang menempah penginapan di hotel-hotel atau membelanjakan ribuan ringgit, kalau bukan mereka ini. Sudah pasti manfaatnya besar kepada rakyat Terengganu – pengusaha hotel, peniaga makanan dan para peniaga lainnya – siapa yang untung di sebalik semua ini kalau bukan anak tempatan.-nganukite.blogspot

Hj Abd Wahid Endut diumum calon PAS tanpa kehadiran orang kuat PAS Kelantan.

Pengumuman calon PAS bagi PRK P036 oleh Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang telah dibuat di Stadium Negeri Kuala Terengganu dengan kebenaran istimewa dari kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said. Nganukite dimaklumkan oleh awang yang berada di Stadium .

Awang kato memang sah calon PAS Hj Abd Wahid Endut , Adun Wakaf Mempelam walaupun ramai hok sangka Mat Sabu ataupun Dr Syed Azman.

Apa yang pelik dikatakan oleh Awang ialah ketiadaan oleh orang-orang kuat PAS dari Kelantan, seperti Husam Musa (Naib Presiden) ataupun Musyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kalu Tok Guru Nik Aziz tak hadir Awang faham, mungkin dia uzur tapi Husam ni menimbulkan sejuta tanda tanya.

Mano gak husam ni weh...tok tahu la mungkin tok kene (tak setuju) dengan calon tu ko? tok tahu la wehhh......

Tapi hok sedap benar Wakil PKR tuh kato kalu sokong calon PAS serupo sokong Pakatan Rakyat....kalu gitu gak....sapo hok kuat dalam pakatan rakyat??? PKR la..hok sokong Makhal Sakti..... guano tuh gu...



Kecek-kecek dalam Stadium tu kato...Husam ni tak leh gi (tak sebulu ) ngan Nasharuddin Mat Isa (timbalan Presiden PAS)....guano bolot (kelam-kabut)benar nampok.....tok tahu la betul ko dok...awang tak moh campur tangan...

Fikir-fikir la rakyat Kuala nganu.......- awang-ganukite.blogspot

Thursday, January 1, 2009

Laporan Media Mesti Tepat

Pihak media sekali lagi diingatkan agar menyampaikan maklumat tepat dan terkini kepada rakyat terutama menjelang pilihan raya kecil Perlimen Kuala Terengganu kali ini. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menganggap sebagai petugas media, mereka memikul satu tanggungjawab berat dalam dalam melaporkan sesuatu isu bagi memastikan setiap laporan bersih daripada sebarang unsur fitnah yang boleh menjejaskan mana-mana pihak.

Menurut beliau, petugas media bukan sahaja perlu memiliki ‘telinga yang hebat’ tetapi juga perlu mempunyai pemikiran yang tajam kerana kebiasaannya isu-isu yang dibangkitkan sepanjang pilihan raya banyak yang sensitif dan pihak media perlu peka dan tidak menyentuh atau melaporkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti banyak pihak.

Ketika berucap merasmikan pusat media khusus untuk pilihan raya kali ini, beliau turut menyuarakan rasa kesal terhadap tindak tanduk pembangkang yang tidak henti-henti membangkitkan isu yang pada anggapan beliau sudah tidak lagi relevan dan boleh mengelirukan rakyat terutamanya isu royalti minyak.

Sambil menganggap pembangkang tidak mempunyai modal, beliau menegaskan isu pembayaran royalti minyak kepada Terengganu oleh Kerajaan Pusat sudah selesai di mana bayaran pertama akan dibuat pada Mac 2009 dan seterusnya pada September berikutnya di mana pembayaran dibuat dua kali setahun.

Beliau turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa royalti minyak tidak membawa banyak manfaat kepada penduduk Terengganu sebaliknya menganggap bayaran tersebut telah banyak mengubah lanskap negeri tersebut. Selain membangunkan kemudahan prasarana, dana tersebut banyak disalurkan untuk tujuan pembangunan pendidikan anak-anak negeri.

Buktinya, selama lapan tahun berturut-turut Terengganu kekal di tangga pertama dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Begitu juga dengan peningkatan kecemerlangan yang ditunjukkan melalui pencapaian pelajar-pelajar di seluruh Terengganu dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan dalam bajet negeri tahun ini, akan lebih banyak tumpuan dan perhatian diberikan untuk pembangunan negeri. Antaranya termasuklah memperuntukan RM100 juta untuk pembangunan ladang kelapa sawit dan RM50 juta untuk projek penanaman padi di mana kedua-duanya bertujuan untuk mempertingkatkan pencapaian ekonomi penduduk miskin.

Mengenai tuduhan berterusan yang dibangkitkan oleh pembangkang tentang isu undi hantu, Ahmad Said mengatakan rasa kesal kerana menurut beliau sudah sampai masanya semua pihak bersikap rasional dan matang dalam isu ini. Menurut beliau isu tersebut sudah lama berlalu dan terbukti tidak benar kerana pembangkang sendiri pernah menguasai Terengganu dan Kelantan serta di empat negeri dalam pilihan raya lalu. Tetapi setiap kali pilihan raya, isu tersebut terus dibangkitkan untuk mengelirukan rakyat. -nganukite.blogspot.com