Wednesday, December 31, 2008

Maimun calon upahan PKR?


Tok Mun atau Maimun Yusof kembali menjadi tumpuan. Ramai yang menunggu-nunggu reaksi beliau dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Disember ini. Apakah Tok Mun akan kembali bertanding? Jawapan yang keluar dari mulut Tok Mun ketika ditanya media, Tok Mun memberi alasan, beliau tak cukup duit. Juga serik ditipu oleh orang yang menggunakan namanya dalam satu laman blog. Kata Tok Mun kononnya ada orang yang mengaku mewakili beliau telah mengutip ratusan ribu ringgit untuk membantu beliau bertanding sekali lagi.
Inilah sebab yang membuatkan Tok Mun patah hati walaupun niat dan hasrat untuk kembali bertanding tak pernah padam. Khabar terbaru dari Kuala Lumpur, lain pula ceritanya. Tok Mun sedia bertanding sekali lagi sebagai calon bebas.

Tapi kali ini khabarnya Tok Mun tidak perlu lagi bersusah payah bergolok bergadai. Sudah ada pihak yang sanggup menaja Tok Mun. Beruntung sungguh Tok Mun. Mungkin kali ini Tok Mun tidak perlu lagi mengayuh basikal keliling kampung untuk berkempen. Mungkin juga kempen Tok Mun kali ini akan lebih tersusun kerana ada pihak yang menaja dan membantu.

Khabarnya Tok Mun sudah dirisik oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti Makhal Sakti. Jika betul, memang kuat betul aura Tok Mun. Soal beliau tidak tahu menulis dan membaca bukan satu perkiraan penting. Kerana di pihak yang menaja sudah jelas ada maksud tersirat. Tak perlu dipanjang-panjangkan niat di sebalik itu. Cukup mudah untuk difahami. Semua orang tahu pasal itu. Kalau nak diikutkan apalah sangat yang ada pada Tok Mun. Tidak lebih daripada seorang ‘pengacau’. Undi yang Tok Mun dapat pun hanyalah undi simpati.
Cuma kali ini apakah pula lambang yang bakal digunakan oleh Tok Mun jika apa yang dikhabarkan itu sememangnya satu kenyataan? Apakah Tok Mun akan sekali lagi menggunakan lambang kunci? Dan apakah Tok Mun akan terus berkempan dan berpegang pada sologan beliau – berkempen untuk ‘Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam’.

Kalau diikutkan apa yang keluar dari mulut Tok Mun masa PRU-12 lalu, ramai yang kagum dengan semangat dan kegigihannya. Tapi pelik benar rasanya bila Tok Mun terima pelawaan PKR. Memang pelik dan penuh tanda tanya. Mana mungkin Tok Mun boleh beralih arah kerana Tok Mun sendiri pernah berkata, beliau tak percaya kepada mana-mana parti. Itu lah sebab utama yang mendorong beliau masuk bertanding.

Jika apa yang diperkatakan ini juga benar, ke mana perginya pegangan Tok Mun sebagai wanita gigih yang sanggup bergolok bergadai menggunakan seluruh wang simpanan menjual kain sebanyak RM10,000 untuk bertanding dalam PRU-12 lalu? Walaupun dipersenda dan hasratnya menjadi bahan guruan, Tok Mun tidak kisah dengan semua itu. Tok Mun tidak pernah menyesal menaburkan wang simpanannya hilang begitu saja. Kerana kata Tok Mun, wang boleh dicari dan dikumpul semula. Paling penting hasratnya sudah tercapai.


Dalam soal ini tentu Tok Mun punya alasan tersendiri. Cuma tunggu dan lihat akan kelibat Tok Mun kembali dengan kayuhan basikal atau mungkin kali ini berkereta lengkap dengan pemandu sekali!

Tuesday, December 30, 2008

Lewat umum calon, masalah Pas Terengganu - Nik Aziz

Awang " bukan saya kata tapi Tok Guru bagitau "

KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Kelewatan mengumumkan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menonjolkan kegagalan Pas negeri mencapai kata sepakat dengan golongan ulama dan muda dalam parti itu.

Pas Terengganu juga dikatakan gagal mendapat sokongan mengenai calonnya daripada rakan pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempunyai pilihan sendiri untuk diketengahkan sebagai calon.

''Ini masalah orang sini ( Pas Terengganu) dan bukan saya," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas merasmikan jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dari Kelantan dan Wilayah Persekutuan di Masjid Hiliran di sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak terlibat dalam pemilihan calon pilihan raya kecil tersebut kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Pas Terengganu.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun menafikan wujud masalah dalam menamakan calon parti itu untuk Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya menyifatkan kelewatan itu sebagai perkara biasa.

''Pas pada kebiasaannya mengumumkan calon yang akan bertanding sehari atau dua hari sebelum tarikh penamaan calon.

''Keputusan mengumumkan nama calon di Stadium Negeri di sini pada Khamis ini pun dikatakan awal daripada kebiasaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. (Utusan Malaysia)

Sanggup tunggu 30 tahun bukti Pas politikkan hudud

Awang kata " wehh bakpo tunggu lame sangat kalau nak buat...alasan saja kot...alahai jangan main hukum tuhan untuk kepentingan politik...."

Utusan Malaysia (29 Dis 2008)

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR \ - Kesediaan Pas menunggu 30 tahun lagi untuk melaksanakan hudud jelas membuktikan parti itu selama ini hanya menggunakan hukum Allah bagi meraih undi kerana mereka sendiri tidak yakin menguatkuasakannya.

Tegas pemimpin-pemimpin UMNO, kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebut juga menjadi satu lagi bukti betapa dasar parti itu boleh berubah-ubah mengikut keperluan politik walaupun ia melibatkan hukum Allah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, polemik terbaru isu hudud memperlihatkan wajah sebenar Pas.

''Sebelum berkawan dengan bukan Islam, Pas dilihat beria-ia mahu melaksanakan hudud tetapi apabila DAP menjadi sekutu, segalanya boleh berubah sekelip mata hingga sanggup tunggu setengah abad untuk laksana hudud.

''Pada saya Pas memang tak minat hudud dari awal lagi. Selama ini mereka memilih bercakap pasal hudud sebab nak tarik undi orang Islam tetapi sekarang sebab nak jaga sokongan bukan Islam, pendirian mereka berubah.

''Saya tak tahulah di mana prinsip mereka. Dulu macam nak laksanakan (hudud) sangat-sangat tetapi sekarang kerana nak jaga DAP, macam-macam dolak-dalik,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Aziz semalam menyatakan Pas sanggup menunggu 30 tahun lagi untuk semua pihak sedia menerima hukum hudud kerana parti itu tidak mahu memaksa sekutu pembangkangnya.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mengakui hudud bukan keutamaan kepada pakatan pembangkang sebaliknya yang harus ditekankan ialah aspek keamanan dan keadilan kepada rakyat.

Terdahulu, ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang dapat memerintah negara.

Kenyataan beliau itu mendapat tentangan daripada rakan pakatan pembangkang, DAP yang memang tidak dapat menerima pelaksanaan hukum tersebut.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar kesal kerana Pas sanggup meletakkan motif politik sehingga mengatasi dasar Islam yang mereka dakwa perjuangkan selama ini.

Kata beliau, pendirian terbaru Pas yang semakin longgar terhadap isu hudud setelah menerima tekanan DAP ternyata menunjukkan parti itu telah mempersendakan sesuatu yang menjadi hukum Allah.

''Kerana takutkan kuasa politik di kalangan bukan Melayu hilang, mereka boleh ubah pula pendirian. Tak eloklah, dalam soal agama kita kena telus dan ikhlas.

''Kiranya Pas ini memberi pengiktirafan kepada hukum Islam hanya berdasar perkiraan politik. Patut masyarakat mula memahami apakah tujuan dan niat mereka,'' jelasnya.

Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Pirdaus Ismail melihat kenyataan Nik Aziz itu sebagai helah untuk menutup isu tersebut setelah menerima reaksi negatif daripada rakan sekutu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kata beliau, masalah sebenar ialah soal ketidakmampuan untuk melaksanakannya dan inilah realiti politik semasa yang dihadapi dalam pelaksanaan hukum hudud dan qisas.

''UMNO sendiri tidak menolak hudud sebagai hukum Allah. Tetapi kerana wujud situasi dan halangan, hudud tak mampu dilaksanakan dan hal ini sudah dijelaskan kepada rakyat sekian lama sehingga akhirnya Pas pun mengakui hakikat itu,'' katanya.

Menurutnya, UMNO sekian lama meletakkan keutamaan untuk mengangkat kedudukan umat Islam dengan memperkasakan pendidikan dan ekonomi sejajar dengan fiqh alauwiyah atau fiqah keutamaan.

''Ini pun diakui Dewan Ulama Pas semalam dan hakikatnya UMNO dah lama buat macam itu. Patut mereka bersama pemerintah UMNO menjayakan matlamat ini,'' katanya.

Monday, December 29, 2008

Tok Mun Tidak Bertanding Dalam Pilihan Raya Nanti

Jangan la buat naya kat orang tua..kecian.... ;-) apa-apa tok mun sokong saper BN ko PAS??....

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) -- Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh. Takdok pitih (takde duit)... dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)...Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat)," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Gong Gemia di sini.

Tok Mun berkata walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

Bagaimanapun, katanya sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Dis lalu berhubung kejadian tersebut.

"Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi," katanya.

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: "Tak sempat dah...dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat".

"Lagipun, selagi takdok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. InsyaAllah kalau Tok dipanjangkan umur lagi, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pulak," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi).

-- BERNAMA

Pengundi Kuala Terengganu diminta buat pilihan wajar

KUALA TERENGGANU, 28 Dis (Bernama) -- Para pengundi di Kuala Terengganu diminta membuat pertimbangan wajar dalam memilih wakil mereka pada pilihan raya kecil 17 Januari ini bagi memastikan momentum pembangunan di kawasan itu berterusan.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata adalah merugikan sekiranya pembangunan yang pesat di bandaraya itu terhenti akibat salah percaturan dalam memilih pemimpin.

Beliau berkata momentum pembangunan yang terhenti sebelum ini, kini berjalan rancak di Kuala Terengganu selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri daripada PAS apabila memenangi pilihan raya pada 2004.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata banyak perubahan fizikal berlaku seiring dengan pembangunan yang digerakkan oleh kerajaan seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pembinaan kompleks Stadium Gong Badak, pembinaan Taman Temadun Islam di Pulau Wan Man dan banyak lagi.

"Saya bimbang sekiranya rakyat tidak membuat pertimbangan yang tepat dalam pilihan raya nanti, dan tertipu dengan isu-isu kecil yang sengaja ditimbulkan oleh pihak yang cuba menangguk di air yang keruh, memontum pembangunan akan terhenti," katanya semasa berucap di majlis ramah mesra bersama Menteri Penerangan di Dewan Sivik Durian Burung, Wakaf Mempelam di sini, Ahad.

Shabery berkata jika rakyat memilih PAS semata-mata beranggapan parti itu memperjuangkan Islam, ia adalah kurang tepat kerana parti itu sendiri ketika ini tunduk kepada tekanan politik daripada rakan sekutunya.

-- BERNAMA

Saturday, December 27, 2008

BN Yakin Tembusi Kubu Kuat Pas

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin dapat menambah bilangan undi termasuk dari kawasan kubu kuat PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan berbanding yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata usaha yang dilakukan bagi menarik sokongan kepada BN terutama sejak pilihan raya umum itu, mendapat respons positif dari penduduk setempat.

Katanya perhatian khusus diberikan terhadap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai PAS iaitu Wakaf Mempelam, Ladang serta Batu Buruk namun dalam masa yang sama tidak mengabaikan DUN Bandar yang dikuasai BN.

"Apa strategi yang kita gunakan untuk tarik pengundi, tak bolehlah saya beritahu, itu rahsia parti.

"Tetapi saya berkeyakinan, Insya-Allah kita dapat tambah undi di Wakaf Mempelam berdasarkan sambutan yang diberikan penduduk di sini terhadap langkah yang telah kita laksanakan," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidiladha di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad di Losong, di sini, Sabtu.

Calon BN pada pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh turut hadir pada majlis itu.

Ahmad berkata usaha kerajaan membawa perubahan dan pembangunan di kawasan terlibat juga lebih mudah sekiranya kawasan itu dikuasai BN.

"Kalau inginkan perubahan dan pembangunan, kenalah pilih calon kita, kalau kita menang di sini, lebih banyak peruntukan dapat kita salurkan untuk kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad Farid berkata usaha gigih jentera parti dalam menarik sokongan rakyat di kawasan kubu kuat PAS semakin menampakkan hasil apabila sokongan rakyat kepada BN dilihat semakin meningkat.

"Gerakan yang telah kita dilaksanakan di kawasan ini mendapat hasil memberangsangkan. Saya harap sokongan yang diberikan penduduk di sini dapat diterjemahkan di peti undi," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, December 25, 2008

SPR Sahkan Dua Borang Pencalonan Dibeli Setakat Ini

KUALA TERENGGANU, 25 Dis (Bernama) -- Dua borang pencalonan bagi pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan telah dibeli di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu setakat ini.

Pengarah Pilihan Raya (SPR) Terengganu Mohd Noor Daud berkata dua borang itu dibeli beberapa hari lalu, difahamkan oleh wakil calon yang akan bertanding.

"Bagaimanapun, setakat ini saya tidak dapat mengesahkan wakil itu dari parti mana," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding pilihan raya kecil itu tidak semestinya membeli borang pencalonan daripada SPR Terengganu, tetapi juga boleh mendapatkannya di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Mohd Noor berkata Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mat Razali Kassim telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil itu.

Selain itu, katanya, SPR juga telah bersedia daripada segi logistik yang diperlukan untuk proses pengundian dan penamaan calon pilihan raya kecil itu pada 6 Jan.

"Selain kira-kira 20 kakitangan SPR di negeri ini, kita juga telah memberi kursus dan taklimat kepada lebih 800 kakitangan sementara terdiri daripada kakitangan kerajaan yang akan bertugas membantu memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar," katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Genting Highlands, Pahang pada 28 November lalu.

Barisan Nasional (BN) mencalonkan Ketua Umno Bahagian kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh manakala PAS yang telah mengesahkan akan bertanding, akan mengumumkan calon mereka pada 1 Jan.

Selain itu, beberapa calon Bebas juga dijangka bertanding iaitu dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), bekas calon Bebas Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, Isma Airfath Hassanuddin, 38, dan bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89.

Mengikut daftar pemilih setakat September lepas, terdapat 80,229 pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan 1,035 daripadanya adalah pengundi pos.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lepas, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAAS Mohamad Sabu dan Maimun dengan majoriti 628 undi.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu meliputi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Burok.

DUN Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok dikuasai PAS manakala kerusi Bandar dipegang oleh BBN.

Mengikut senarai daftar pengundi pilihan raya umum lepas, pengundi Melayu merupakan majoriti di Kuala Terengganu iaitu 88.3 peratus manakala Cina (11.1 peratus), India (0.4 peratus) dan lain-lain (0.2 peratus).

-- BERNAMA

Wednesday, December 24, 2008

Mat Sabu 'Tak Kisah' Jika Tidak Terpilih Sebagai Calon

ALOR STAR, 23 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, apa yang lebih penting ialah calon yang bertanding pada pilihan raya kecil parlimen itu kelak adalah dari PAS.

"Nama calon belum umum lagi dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dah maklum calon PAS akan diumum pada 1 Januari ini dan kita tunggu la, tapi jika saya tak terpilih pun tak apa".

"Saya tak kisah kerana yang penting calon adalah dari PAS dan kita sokong siapa sahaja dari PAS", kata beliau kepada Bernama di sini.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan pada 17 Januari depan ekoran penyandangnya Datuk Razali Ismail meninggal dunia pada 28 November lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Barisan Nasional (BN) Razali, mengalahkan Mohamed yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan majoriti 648 undi.

Nama Mat Sabu sebagai calon PAS disebut oleh Menteri Besar Kelantan yang juga penasihat Dewan Ulama PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu naib presiden PAS itu diberi peluang bertanding di kawasan parlimen yang sama.

Mohamed berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya adalah pandangan peribadi beliau dan kuasa untuk memilih calon adalah diputuskan oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden.

Semalam Abdul Hadi berkata, PAS telah mengenalpasti bakal calon dari parti itu yang merupakan seorang profesional dan disukai rakyat.

Katanya, bagaimanapun PAS akan mengumumkan nama calon itu pada 1 Januari depan iaitu lima hari sebelum hari penamaan calon.

Desas-desus mengatakan kenyataan Hadi seolah-olah merujuk kepada calon tempatan dan Mat Sabu bukan calon pilihan.

-- BERNAMA

Monday, December 22, 2008

Betulkah Mat Sabu kalah kerana faktor 'orang luar'?

Harakahdaily
21 Dis 2008
Mat Zain Mat Isa

Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin terasa. Meski pun penamaan calon hanya akan dilakukan pada 6 Januari depan, cakap-cakap mengenai siapa yang bakal dipilih mewakili parti-parti dalam pilihan raya itu telah bermula sebaik penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal, akhir November.


Teka-teki itu terjawab di sebelah pihak petang semalam (Sabtu). Barisan Nasional telah mempertaruhkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk dipilih pengundi pada 17 Januari nanti.

Di pihak lawannya, sudah ada kesepakatan di kalangan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan kerusi itu kepada PAS. Nama calonnya bagaimana pun masih belum diputuskan.

Cuma yang hampir pasti, laluan untuk Mohamad Sabu (Mat Sabu), bekas calon pada pilihan raya umum, Mac lalu, sudah hampir tertutup. Kedengaran suara-suara sangat lantang di kalangan pendokong dan jentera PAS di Terengganu sendiri kononnya Naib Presiden PAS itu tidak dapat diterima pengundi.

Alasan utama diberikan ialah kerana Mat Sabu 'orang luar'. Maka, di atas sangkaan dan dakwaan untuk memenuhi selera pengundi yang mahukan anak tempatan, pihak dalaman PAS sendiri menuntut agar seorang anak tempatan dipilih sebagai calon kali ini.

Penulis merasa terpanggil mengulas kesimpulan itu. Apatah lagi satu analisa turut disiarkan sebuah tabloid mingguan, hari ini (Ahad, 21 Disember) bagi memperkuatkan kesimpulan tadi.

Bagi penulis, menyimpulkan kekalahan Mat Sabu semata-mata atas faktor dia 'orang luar' adalah satu penilaian sangat simplistik dan agak gopoh. Bahkan, ia satu ketidak adilan terhadap tokoh yang dianggap 'ayam sabung' PAS itu.

Begini saja lah! Apa kata kita teliti semula perangkaan keputusan pilihan raya kawasan itu Mac lalu dan kita bandingkan dengan apa yang berlaku di situ pada 2004 dulu, boleh?

Mac lalu, Mat Sabu mendapat 31,934 undi berbanding Razali 32,562. Majoriti kemenangan calon BN ialah 628 undi. Seorang calon Bebas, Maimun Yusof (Tok Mun) mendapat 685 undi.

Sebagai perbandingan, pelbagai pihak mengemukakan perangkaan undi diperolehi kedua-di pihak di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Jumlah diperolehi PAS di keempat-empat Dun (termasuk Dun Bandar ditandingi KeADILan) ialah 33,279 undi.Undi BN pula 31,486.

Beza undi kemenangan PAS atas BN ialah 2,243. Angka itu jika ditolak undi nenek tua tadi, masih ada 1,558. Mereka pun kata, jika tidak kerana Mat Sabu 'orang luar' dia sepatutnya telah menang dengan majoriti 1,558 undi!

Nanti dulu saudara! Jangan mudah buat kesimpulan. Kita analisa lebih terperinci sikit.

Undi dipungut Mat Sabu berbanding empat calon Dun merosot 1,795 undi. Kita namakan mereka undi lari. Betul, Mat Sabu tidak sepopular calon-calon Dun.

Tapi tidak kesemua undi lari itu pergi kepada Razali. Beza undinya dengan calon-calon BN di empat Dun ialah 1,076 undi lebih banyak.

Ertinya ada 719 undi lari yang tidak juga mengundi BN. Kita simpulkan 685 daripadanya pergi kepada Tok Mun dan 34 undi lagi tidak mengundi mana-mana calon.

Soalnya, apakah undi 685 kepada Tok Mun itu semata-mata kerana tidak berkenaan kepada Mat Sabu? Apakah tidak mungkin ia kerana simpati kepada nenek itu?

Penulis menyimpulkan bahawa faktor simpati terhadap calon Bebas itu juga satu kemungkinan kekalahan PAS. Bayangkan andaikata 685 undi itu tidak bersimpati kepadanya dan mengundi Mat Sabu, apakah BN masih menang?

Itu satu. Ertinya, kekalahan Mat Sabu bukan semata-mata kerana dia 'orang luar'.

Yang kedua, kita teliti pula undi di kawsan sama pada 2004 lalu. BN diwakili Razali, manakala PAS mempertaruhkan Dr Syed Azman Syed Nawawi. Dia bukan sahaja ada kelulusan akademik tinggi, AJK PAS Pusat, bekas Ahli parlimen 1999, tetapi paling penting (dalam konteks penghujahan ini) ialah beliau anak tempatan Kuala Terengganu.

Semua kita tahu beliau kalah dengan majoriti 1,933 undi kepada Razali. Itu tidak mengejutkan sebab kawasan-kawasan lain pun PAS kalah teruk ketika itu, hingga hilang kerajaan negeri.

Apa yang perlu diteliti, kekalahannya dengan hampir 2,000 undi itu juga tidak sepatutnya berlaku. Jika dijumlahkan undi-undi peringkat Dun, PAS mendapat 29,750 undi berbanding BN dengan 30,375 undi. Beza undi majoriti hanya 625 undi yang memihak kepada BN.

Syed Azman mendapat 29,061 undi, iaitu 689 undi kurang daripara calon-calon PAS di empat Dun. Sekali lagi kita istilahkan 689 itu undi lari. Jika tidak kerana undi itu, Syed Azman sepatutnya kalah hanya 625 undi, bukannya 1,933 undi. Berbeza bukan?

Maka kesimpulan penulis yang kedua, kalau dikatakan undi lari dalam kes Mat Sabu ialah kerana dia 'orang luar', bukankah fenomena serupa telah dialami Syed Azman yang merupakan anak tempatan?

Untuk kesimpulan ketiga, kita teliti lagi keputusan 2004 itu. Razali mendapat 30,994 undi, iaitu penambahan 619 undi lebih daripada empat calon BN di Dun. Ada 70 undi lari dari PAS yang tidak mengundi mana-mana calon.

Dalam ertikata lain, faktor peribadi calon BN itu turut memainkan peranan. Kita boleh simpulkan bahawa Razali telah mendapat undi peribadi sebanyak 619 undi.

Kita andaikan jumlah itu kekal pada 2008. Bermakna 1,076 undi peribadi diperolehinya Mac lalu hanya melibatkan 457 undi tambahan. Apa peliknya tambahan sebanyak itu kerana jumlah keluar mengundi di kawasan itu meningkat 5,267 orang berbanding 2004 lalu.

Sepertimana disebutkan, besar kemungkinan Mat Sabu tidak akan dipilih semula. Kalau penulis sendiri berada di tempat beliau pun, penulis tidak akan menerima tawaran bertanding semula, setelah diberi tanggapan sebegitu negatif.

Namun, itu bukan persoalan yang nak diperbahaskan di sini. Analisa semula oleh penulis ini hanyalah untuk mengajak kita lebih teliti dalam mengamati sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang kesimpulan.

Berdasarkan analisa ringkas tadi, penulis sekali lagi menyangkal dakwaan kekalahan Mat Sabu tempohari semata-mata kerana dia 'orang luar'. Maaf cakap, bagi penulis kesimpulan itu adalah satu kedangkalan, menggambarkan kerja gopoh dan minda simplistik pihak terbabit.

Ia juga seolah-olah mengesahkan bahawa orang Terengganu sangat tebal sentimen kenegeriannya. Sedangkan hakikatnya tidak begitu, sebab penulis juga orang Terengganu.

Paling utama, dakwaan tadi satu ketidak adilan yang sangat dikesali terhadap fakta sebenar, lebih-lebih lagi terhadap Mat Sabu sendiri. - mks._

Sunday, December 21, 2008

Lima Cara Untuk Pemilih Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu Buat Semakan Maklumat

PUTRAJAYA, 21 Dis (Bernama) -- Daftar Pemilih Pilihan Raya yang diwartakan pada 5 Dis lalu akan digunakan untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik berkata, daftar pemilih tersebut mengandungi 80,229 pemilih, terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos.

Menurut beliau, semua pemilih boleh menyemak maklumat pengundian mereka termasuk nama pusat mengundi, nombor tempat mengundi (saluran) dan nombor siri pemilih menerusi laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my.

"SPR juga ada menyediakan khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

"Perkhidmatan ini mula beroperasi hari ini sehingga 17 Januari depan dan setiap sms dikenakan caj sebanyak 35 sen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ngah berkata, pemilih perlu menaip SPR NO KAD PENGENALAN dan menghantar sms itu ke nombor 15888 untuk mendapat maklumat yang mereka inginkan.

"Selain itu, mereka juga boleh membuat penyemakan di bilik gerakan Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan menghubungi talian 09 6221218 atau 09 6236161 mulai pukul 8 pagi sehingga 12 malam setiap hari bermula hari ini hingga 17 Januari depan," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, December 20, 2008

Wan Farid, a Pak Lah man, is BN choice for KT vote

Malaysiainsider
Dec 20, 2008

KUALA TERENGGANU, – There were no surprises today in the naming of Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh as Barisan Nasional's (BN) candidate for the crucial Kuala Terengganu by-election, but the controversies surrounding him and his close links with the prime minister will be campaign fodder for Pakatan Rakyat.

For Wan Farid, who is also Kuala Terengganu Umno division chief and the deputy home minister, his political career is riding on the election as he has been told that he will not be reappointed senator again if he loses the vote.

The Terengganu state assembly nominated the deputy home minister as senator recently as his first term ends in January.

The selection of Wan Ahmad Farid was announced by Deputy Prime Mnister Datuk Seri Najib Tun Razak, who said the decision had the consent of Prime Minister and Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“For the candidate, the Umno president had taken all factors and opinions into consideration, and thus the BN now presents Datuk Wan Farid as its candidate for the P36 Kuala Terengganu by-election,” said Najib, who is also Umno deputy president.

The election has gained significance because it comes just as BN appears to be regaining a stable foothold on power after molnths of uncertainty brought about by Opposition Leader Anwar Ibrahim's threat to seize power through mass defections.

But his failure and the announcement that Datuk Seri Abdullah Badawi will leave office in March has brought back some focus to the ruling coalition.

This will serve as a minor test of Najib's leadership before he takes the reins of power in March.

Najib has said Barisan Nasional and Umno will have to win the by-election as proof of its revival after its dismal performance in the March 8 general election where it lost its customary two-thirds parliamentary majority together with four states and the mauling at the Permatang Pauh by-election that saw sacked Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim make his political comeback.

But the choice of Wan Farid will ensure BN's work remains cut out for them.

Wan Farid is a former political secretary to the prime minister.

But he is closely linked, through his elder brother Datuk Wan Hisham Wan Salleh, to the organising of the Monsoon Cup, the annual world-class sailing competition which has been heavily criticised because of its elitism and the perception that the event serves to benefit the politically-connected and not the state in general.

Pas, who are expected to be the main contender to BN for the seat, has already served notice that they will use the Monsoon Cup to attack their traditional rivals.

Wan Ahmad Farid Calon BN Bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 20 Dis (Bernama) -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengumumkan perkara itu ketika berucap di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di kediaman Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Sri Iman di sini.

Najib berkata pemilihan Wan Ahmad Farid, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu mendapat restu daripada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Untuk calon, bagi pihak Presiden Umno, telah diambil kira pandangan dan segala-galanya, BN dengan ini menampilkan Datuk Wan (Ahmad) Farid sebagai calon pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas.

Thursday, December 18, 2008

Nik Aziz bercakap besar

MAKA berkatalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan: "Calon memang tak bahas lagi, tapi kita bercakap pada dasar dan kita yakin sangat akan menang, kalau tidak yakin macam mana nak jadi orang Islam kerana Islam memerlukan keyakinan.'' (lihat berita)

Senang cakap, maksud Tuan Guru, kawasan Parlimen Kuala Terengganu adalah dalam tangan Pas. Sesiapa sahaja calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil KT pada 17 Januari 2009 akan kalah.

Dan Tuan Guru pun telah menamakan calon Pas yang beliau rasakan boleh menang nanti, iaitu Mohamad Sabu.

Kalau Pas meletakkan calon lain, ertinya Pas yang tidak yakin Mohamad Sabu boleh menang. Bukan Tuan Guru Nik Aziz.

Kita sama-sama tunggu siapa calon Pas nanti. Adakah Nik Aziz yang yakin atau Pas yang tidak yakin? Kalau Pas pilih calon lain, maknanya Pas tidak yakin dengan apa yang Nik Aziz yakin.

Kalau keyakinan Pas sama dengan keyakinan Nik Aziz, maka calonnya tetaplah Mat Sabu. Kalau bukan, maknanya Pas menganggap Nik Aziz hanyalah bercakap besar.

SI KELDAI

CUBIT-CUBIT
18 Disember 2008
(www.cubit-cubit.blogspot.com)

Wednesday, December 17, 2008

Nik Aziz Yakin Pas Akan Menang Besar Pilihan Raya Kecil Terengganu

KOTA BAHARU, 17 Dis (Bernama) -- Belum pun penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diumumkan oleh mana-mana parti yang bertanding, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata beliau begitu yakin Pas akan menang besar pada pilihan raya itu, 17 Januari depan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata keyakinan itu berikutan calon Pas yang akan bertanding pada pilihan raya itu pastinya antara yang terbaik.

"Calon memang tak bahas lagi, tapi kita bercakap pada dasar dan kita yakin sangat akan menang, kalau tidak yakin macam mana nak jadi orang Islam kerana Islam memerlukan keyakinan.

"Bukan itu sahaja, segala apa yang Umno buat selama ini Pas juga boleh buat, pembangunan, Pas boleh buat, nak jaga Melayu, Pas boleh jaga, tak ada sebab langsung untuk Umno dipilih," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Sebelum ini Nik Aziz sudah mempunyai calon pilihan iaitu Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk bertanding bagi kerusi tersebut.

Bagaimanapun, berlaku pergolakan di dalam jawatan kuasa Pas pusat menolak pilihan Nik Aziz itu kerana Mat Sabu dikatakan bukan calon sesuai biarpun pernah bertanding bagi kerusi parlimen itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Batu Buruk, Doktor Syed Azman Syed Ahmad antara calon yang disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya itu.

Pas akan mengumumkan secara rasmi calonnya pada 21 Disember ini.

Selain itu Nik Aziz berkata, rakyat daripada pelbagai kaum dan agama juga dilihat memberi sokongan penuh terhadap parti itu yang sentiasa mempertahan dan bertunjangkan kebenaran.

Beliau berkata, sokongan segenap lapisan rakyat itu turut terbukti apabila kaum Cina dan India telah secara sukarela menubuhkan kelab penyokong Pas.

-- BERNAMA

Calon BN Di Kuala Terengganu Diumum Sabtu Ini, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan diumum Sabtu ini.

Ini disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Felda dan Fama mengenai projek Taman Kebun Dapur di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Penamaan calon ialah pada 6 Jan dan pengundian ditetapkan pada 17 Jan. Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, 28 Nov lepas.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Razali selaku penyandang, menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan calon Bebas Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

-- BERNAMA

Sunday, December 14, 2008

Peniaga Getah Sekerap Tawar Diri Bertanding Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 14 Dis (Bernama) -- Peniaga getah sekerap, Isma Airfath Hassanuddin pada hari Ahad menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan.

Isma, 38, yang berasal dari Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang, Kelantan mengisytiharkan untuk bertanding pilihan raya kecil itu, pada satu sidang media di Batu Burok, petang ini.

"Hobi saya (bertanding pilihan raya). Malah, saya terpanggil untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil ini kerana merasakan amalan demokrasi masih wujud di negara ini.

"Jangan terperanjat jika saya menang pada pilihan raya kecil tersebut, nanti," katanya yang telah mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, pagi ini.

Isma yang juga merupakan peniaga makanan dan pakaian, berkata sebagai ahli persatuan skuter (Vespa), beliau memperoleh sokongan padu daripada rakannya di bandar Kuala Terengganu untuk bertanding pada pilihan raya itu.

"Mereka berjanji untuk berkempen secara agresif bagi memastikan saya menang pada pilihan raya kecil tersebut," katanya yang berada di sini sejak semalam bagi meninjau sentimen pengundi di kawasan berkenaan.

Isma turut terkejut apabila persatuan-persatuan kelab bermotor lain di Terengganu bersedia untuk memberi sokongan kepadanya dalam pilihan raya kecil itu.

"Daripada tinjauan awal, saya dapati saingan di sini pastinya sengit. Mungkin lebih daripada pertandingan tiga penjuru... kita tunggu dan lihat," katanya lagi.

Beliau berkata hasratnya bertanding kali ini ialah bagi membersihkan namanya yang dikaitkan menerima tajaan daripada beberapa anggota Umno Rantau Panjang ketika bertanding pada pilihan raya umum lepas.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, beliau dan calon Barisan Nasional Mohd Afandi Yusof tewas dalam saingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Rantau Panjang yang dimenangi calon PAS Siti Zailah Mohd Yusof.

Isma yang lebih dikenali sebagai "Kosing" di kalangan rakannya, berkata beliau akan terus menggunakan "kepala harimau" sebagai lambangnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, Isma berkata beliau tidak perlu berceramah atau mendirikan markas, sebaliknya hanya keluar bertemu pengundi.

Bapa kepada lima anak, berusia antara 6 bulan dan 15 tahun itu berkata beliau tidak bimbang hilang wang pertaruhan kerana menganggap ia sebagai "adat" jika inginkan sesuatu.

-- BERNAMA

KT: Nordiana pula disebut calon BN?

(http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/12/15/11605/)

Keputusan kerajaan Terengganu tidak melantik semula sebagai ketua Puteri Umno negeri itu, Nordiana Shafie sebagai ahli Dewan Negara, telah mencetuskan spekulasi baru tentang kemungkinan beliau bakal dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ini berikutan seorang lagi senator dari Terengganu - Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang sebelum ini disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon BN - dilantik semula sebagai senator.

Wan Ahmad Farid yang juga timbalan menteri dalam negeri, Senator dilantik untuk penggal kedua bagi mengisi satu dari dua kerusi wakil Terengganu di dewan itu.

Satu lagi kerusi senator bagi Terengganu akan diisi oleh Naib Ketua Wanita Umno negeri, Fatimah Ahmad, yang juga seorang pesara guru.

Nordiana yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT), yang juga ketua Puteri Kuala Terengganu Terengganu dilantik sebagai senator pada tahun 2005 dan berakhir pada 22 Disember ini.

Seorang senator boleh dilantik ke Dewan Negara untuk dua penggal.

Pengundi wanita

Sumber-sumber berkata, pemilihan Nordiana sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut boleh menarik sokongan dari pengundi wanita yang merupakan sebahagian daripada 80,229 pengundi di situ.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari manakala pengundian pula pada 17 Januari depan.

Ketika dihubungi pagi ini, Nordiana berkata, setahunya, setakat ini, beberapa nama disebut-sebut termasuk Wan Ahmad Farid, yang juga ketua Umno bahagian Kuala Terengganu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau juga tersenarai untuk dipilih sebagai calon BN, apabila tidak dilantik semula sebagai senator.

Ditanya mengenai pengundi wanita di bahagian tersebut, Nordiana berkata, BN, khususnya Umno, mampu menarik untuk wanita menyokong calon BN pada 17 Januari lalu.

“Tidak kira siapa yang menjadi calon, yang penting Puteri khususnya, akan memberi sokongan penuh supaya BN dapat mengekalkan kerusi tersebut,” katanya.

Calon BN umum ini

Beliau yakin BN akan mampu mempertahankan kerusi walaupun pilihanraya kecil itu bakal menyaksikan pertandingan sengit, khususnya dari calon PAS.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diumum minggu ini.

Ketika melancarkan jentera pilihanraya kecil BN, beliau berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepadanya untuk mengumumkan calon bagi pilihanraya kecil itu.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya dari BN, Datuk Razali Ismail baru-baru ini.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Razali menang dengan majoriti kecil 628 undi, menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu, yang mendapat 31,934 undi dan seorang lagi calon bebas, Maimun Yusuf.

http://www.malaysiakini.com

Saturday, December 13, 2008

Kemenangan BN Di Kuala Terengganu Penting Untuk Bukti Kebangkitan Parti, Kata Najib

Bernama
13 Dis 2008


KUALA TERENGGANU,-- Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.

"Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan Umno untuk bangkit dari kekalahan di Permatang Pauh," katanya ketika berucap pada majlis penutup Pemukiman Umno Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, dua Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kemenangan yang bakal diraih oleh BN itu juga merupakan satu isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat memilih sebuah parti yang boleh membela hidup dan masa depan mereka.

"Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka," kata beliau.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail Razali, penyandang kerusi itu, pada 28 Nov lalu.

Sementara itu, Najib turut menitipkan beberapa petua kepada calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan supaya dapat membawa kemenangan besar kepada parti itu.

Menurutnya, dalam sesebuah pilihan raya, baik umum atau kecil, pengundi adalah perkara yang paling penting dan diberi keutamaan melebihi perkara-perkara lain.

"Kita mesti faham dalam masa pilihan raya yang lebih penting bukanlah jentera Umno, bukan ketua cawangan dan bukan ahli jawatankuasa cawangan tetapi pengundi yang paling penting kerana mereka adalah "raja" semasa pilihan raya.

"Sesiapa saja jadi calon tak penting tapi yang utama dia mestilah seorang yang merendah diri, tidak sombong, mesra rakyat, bersalam dengan semua orang, buatlah cara yang disenangi pengundi kerana mereka juga akan sayang kita sebab perwatakan kita itu," katanya.

Selain itu katanya, keinginan untuk memenangi pilihan raya kecil itu juga perlu ada di hati calon berkenaan dan juga setiap pemimpin Umno, bukan sekadar meluahkan melalui kata-kata untuk menang tapi dibuktikan melalui kerjasama dan kesepakatan sesama ahli parti.

"Siapa nak kalah? semua mahu menang tetapi kadang-kadang kita luahkan saja "Umno akan menang" atau "saya nak menang" tetapi amalan, perbuatan, tingkah laku kita tak cerminkan orang yang nak menang pilihan raya," katanya.

PAS masuk bertanding untuk menang - Ustaz Nasharudin

Harakahdaily
13 Dis 2008

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, - Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan penyertaan PAS bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini untuk menang.

Katanya, pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya Pakatan Rakyat, kerjasama antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP.

Malah menurutnya, jentera parti kini berada dalam keadaan siap sedia dan penyertaan PAS kali ini adalah bagi memenangi kerusi parlimen tersebut.

Kita masuk untuk menang. Pilihan raya kecil ini adalah pilihan raya Pakatan Rakyat dan kita (PAS) mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Kita (PAS) terima sokongan dalam bentuk kerjasama itu dan telah mulakan beberapa proses awal dan mereka (KeADILan dan DAP) telah pun menghantar wakil masing-masing bagi menduduki jawatankuasa pilihan raya kecil ini, tegasnya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat PAS Kawasan Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat kawasan dan negeri yang dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, mesyuarat jawatankuasa tersebut akan diadakan di Kuala Terengganu pada 21 Disember 2008 ini.

Saya rasa berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat yang telah dibuat dan keputusan mesyuarat di peringkat negeri ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 21 Disember 2008 yang akan diadakan di Kuala Terengganu," katanya.

Katanya, pada mesyuarat tersebut perbincangan lebih menjuruskan mengenai polisi parti termasuk bakal calon yang akan bertanding.

Menurutnya, prosedur biasa diguna-pakai dalam hal berkaitan dengan calon yang akan diketengahkan bermula di peringkat akar umbi lagi.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Dato Mustafa Ali dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Dato Wan Abdul Mutalib Embong. - mns_

Wednesday, December 10, 2008

As Kuala Terengganu vote looms, Pas rivals declare cease-fire

MalaysiaInsider
Dec 10,2008

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, - A truce is being declared in the ongoing struggle between rival factions in Pas, as the Islamist party tries to select a candidate for the crucial Kuala Terengganu by-election next month.

Key moderates from the pro-Anwar Ibrahim faction known as the Erdogans, so named because of the Opposition Leader's close links with the Turkish leader, have declared their support for whichever candidate is chosen to contest the seat.

Despite the endorsement of party spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat, moderate Mohamed Sabu faces an uphill battle in getting selected as the Pas candidate because he is not a local.
The Malaysian Insider understands that top on the list of candidates now is Wan Mutalib Embong, the Terengganu Pas deputy chief, who was earlier speculated to contest the Kuala Terengganu seat during the March 8 election but was replaced with Mohamad Sabu, who lost narrowly.

The party's top leadership, controlled by the conservative ulama faction, is also considering another candidate proposed by the state youth wing, a yet to be named PhD holder.

"The post mortem conducted after the general election shows that voters are not inclined to support outsiders," said a Pas source who ruled out the possibility of Mohamad being chosen

His sentiment was shared by Terengganu Pas Youth chief Azman Shapawi.

"We want a local and a young candidate to contest the seat," Azman told The Malaysian Insider adding that the party may not win comfortably if an outsider is fielded.

During the last election Pas won three out of four state seats in the constituency. For the federal seat, Pas garnered 2,000 fewer votes compared with the total it obtained for the state seats and BN won by a majority of 628 votes.

For PKR strategist Saifuddin Nasution choosing a candidate is not only tough for Pas but also for Umno.

He said the late Datuk Razali Ismail, the man who narrowly edged out Mohamed and who died late last month had set a very high benchmark.


"He was a very popular MP, serving his constituents regardless of political affiliation. And he had a good track record as the state education director making him popular among the teachers," said the Machang MP.

As for Pas, he said that it is not the time for the party to introduce political unknowns.

"With a campaigning period of nine or 10 days it will be an impossible task to introduce an unknown to 80,000 voters. It will be difficult to hold public rallies with the unpredictable weather," said Saifuddin who visited the constituency last weekend to prepare the PKR machinery for the by-election.

"We need a national figure who most of the voters can relate to," he told The Malaysian Insider while mentioning names such as Wan Mutalib, Pas election director Datuk Mustafa Ali and Batu Burok assemblyman Dr Syed Azman Nawawi as likely candidates.

Apart from the choice of candidate he said that Pas is fully prepared for the by-election at the constituency where PKR's presence is sporadic.

During his short visit he addressed a ceramah kelompok in the Batu Burok area, attended by more than 60 people, a relatively high number for a mini rally and a clear sign that election fever is in the air.

For Shah Alam MP Khalid Samad, a moderate who was dropped from the Selangor Pas committee after a recent reshuffle, said the disagreement between him and the state Pas chief Datuk Hasan Ali would not affect the preparation for election.

"My differences with him only involves management style and priorities, there is no major split in the party," claimed Khalid.

He told The Malaysian Insider that the party's choice of candidate would be made based on winnability and not any perceived affiliation to factions.

Tuesday, December 9, 2008

Pemuda Terengganu cadang calon phD,Prof Madya

Harakahdaily
8 Dis 2008


KUALA TERENGGANU, 8 Dis (Hrkh) -Dewan Pemuda PAS Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

"Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

"Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.

"Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,"katanya dalam satu kenyataan kepada media tempatan semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan PAS Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

"Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golongan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara PAS bersama pakatan pembangkang.

"Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,"katanya.

Beliau berkata, PAS akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN. - mks.

Pertempuran Kuala Terengganu, Kayu Pengukur Bagi Menilai Sokongan Politik

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Beberapa persoalan yang kesemuanya berkisar sekitar kerusi Parlimen Kuala Terengganu kini hangat dibincangkan menjelang pilihan raya kecil kawasan itu pada 17 Jan depan.

Adakah angan-angan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambilalih kerajaan Persekutuan pada 16 Sept menyebabkan parti itu hilang sokongan dan kredibiliti dan adakah Barisan Nasional (BN) mampu memenangi semula hati pengundi kali ini di Kuala Terengganu?

Soalan itu muncul apabila kedua-dua pihak akan kembali bersemuka pada 17 Jan, kali ini bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang kini lebih dikenali sebagai "Pertempuran KT". Pencalonan pula ditetapkan pada 6 Jan.

Ramai penganalisis dan pemerhati politik berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu agak penting dalam menentukan sokongan masa kini dan akan datang terhadap BN dan PR.

Lupakan tentang kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini memandangkan kawasan itu sentiasa menjadi kubu kuat pemimpin pembangkang itu.

Kerusi Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung baru-baru ini. Pada 2004, beliau menewaskan anggota EXCO PAS Syed Azman Syed Ahmad dengan 1,933 undi.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun ini, Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, sebelum kematian mengejutkan itu, menang dengan majoriti 628 undi menewaskan orang kuat PAS Mohammad Sabu dan Maimun Yusuf, 89, dalam pertandingan tiga penjuru.



Perlu diingat, Kuala Terengganu bukanlah kerusi yang selamat sama ada bagi BN atau pembangkang kerana ia telah berubah tangan beberapa kali. BN menang pada 1986, 1990, 2004 dan 2008, tetapi Parti Melayu Semangat 46 memenangi kerusi itu pada 1995 manakala PAS pula menang pada 1999.

Pada pilihan raya umum tahun ini, PKR dan PAS sama-sama mengutip 33,729 undi bagi empat kerusdi Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Kuala Terengganu atau 1,795 undi lebih daripada kerusi Parlimen yang ditandingi calon PAS Mohamad Sabu.

Ini bermakna BN memperoleh 50 peratus daripada undi Parlimen dan 48.3 peratus daripada undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

Walaupun PR hanya memenangi 49 peratus daripada undi persekutuan bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, ia menguasai pertandingan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan yang sama dengan memenangi 51.7 peratus.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu sentiasa menjadi medan tempur tradisi antara BN (UMNO) dan PAS, dengan kedua belah pihak sentiasa melayannya penuh berhati-hati.

Bagi pilihan raya kecil akan datang, ia agak menarik untuk melihat sejauh mana kedua-dua pihak menarik sokongan pengundi, kira-kira lapan bulan selepas pilihan raya umum, untuk membuktikan populariti mereka.

Menurut Ketua Penerangan PKR Tian Chua, barisan pembangkang akan mengambil pendekatan "berkempen yang sofistikated" mengikut asas kepelbagaian kaum.

"Sebagai parti campuran(atau pelbagai kaum), kami mungkin menggunakan strategi berkempen yang berbeza memandangkan keperluan pengundi bandar berbeda (daripada pengundi luar bandar).

"Latar belakang sosio-ekonomi menjadi penentu keputusan mereka mengenai siapa yang akan menjadi pemenang, bukan kerana soal etnik," katanya sambil berkata barisan pembangkang optimis dengan peluangnya tetapi tidak mahu memperkecilkan pesaing lain dalam masa yang sama," katanya.

Tian Chua berkata beliau berasa "masalah dalaman di dalam Umno Terengganu" boleh mengurangkan prospek Umno.

Konflik dalaman Umno diketahui umum berhubung pemilihan calon-calon bahkan sebelum 8 Mac yang mencetuskan satu lagi kontroversi selepas pilihan raya berhubung pemilihan Menteri Besar Terengganu.

"Ia merupakan kawasan orang Melayu. Jika BN kalah di Kuala Terengganu, dakwaan UMNO bahawa ia masih mendapat sokongan (daripada orang Melayu) akan menjadi tanda tanya," katanya.

Bagaimanapun, sesetengah anggota Umno Terengganu menafikan anggapan mengenai wujudnya perbalahan dalaman kerana ia telah dapat dikurangkan.

"Umno Bahagian Kuala Terengganu kini bersatu dan ia dapat dilihat semasa persidangan perwakilan Umno bahagian baru-baru ini yang berjalan lancar tanpa pertandingan yang sengit," kata seorang anggota jawatankuasa Umno bahagian yang enggan memberikan namanya kepada Bernama.

Pada masa ini, nama Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, yang juga Timbalan Menteri dalam Negeri, disebut-sebut sebagai calon mewakili BN.

Bagi sesetengah pemerhati politik, masalah dalaman merupakan satu fenomena biasa dalam mana-mana parti politik bahkan PAS sendiri menghadapi masalah yang sama pada masa-masa lepas -- antara golongan sederhana dan konservatif.

Sebagai contoh, pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu nanti, setiap kelompok dikatakan mendesak pencalonan calon masing-masing. Golongan sederhana dikatakan memilih sama ada Mat Sabu atau Datuk Mustapha Ali untuk bertanding manakala puak konservatif memilih anak tempatan seperti Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu Wan Mutalib Embong.

Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, "Bohonglah jika saya berkata tidak ada perselisihan antara golongan sederhana dan konservatif. Tetapi apa yang penting adalah apabila calon telah diputuskan, semua kelompok akan akur kepada keputusan dan jentera parti akan bergerak sepenuhnya."

Tian Chua bersetuju dengan perkara itu dengan memberitahu jentera pilihan raya PAS sebenarnya berdisiplin dan ini menyebabkan kurangnya unsur sabotaj atau menentang sebaik keputusan dibuat.

Kali ini, Pas sudah menghantar isyarat awal bahawa parti itu mensasarkan kerusi Dewan Negeri kawasan Bandar, satu-satu kerusi Dewan Negeri di bawah Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi BN pada pilihan raya umum.

Kamaruddin berkata PAS akan meningkatkan tumpuannya pada kerusi Bandar dengan kebanyakan pengundi terdiri daripada bukan Melayu dan dalam masa yang sama mahu mengekalkan kerusi Dewan Negeri Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang, yang dimenangi pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

PAS mahu menarik lebih ramai pengundi bukan Melayu kali ini dan berpendapat trend pengundian di Terengganu tidak sama di peringkat nasional.

"Kami harap mereka akan memberikan kami peluang itu," kata Kamaruddin.

Bagi Pengerusi MCA Terengganu Toh Chin Yaw, beliau tidak terganggu dengan impian Pas itu memandangkan beliau optimis mendapat sokongan bukan Melayu, terutamanya 11 peratus undi orang Cina yang akan kekal di tangan BN.

Tetapi beliau berkata "BN perlu bekerja keras, bukan hanya untuk undi orang Cina tetapi juga undi kaum lain".

Toh merupakan satu-satunya anggota Exco bukan Melayu dalam kerajaan negeri Terengganu dan mempertahankan kerusi kawasan Bandar pada pilihan raya umum lepas manakala tiga yang lain jatuh ke tangan PAS.

"Saya fikir baki sokongan itu akan condong kepada BN. Apabila pilihan raya umum diadakan, BN kurang mendapat sokongan tetapi kami berupaya mengatasi kesulitan (bagi kerusi Bandar). Dengan perubahan senario sekarang, saya fikir kami dapat mempersembahkan yang terbaik, katanya sambil berkata banyak pengundi melahirkan rasa kesal dengan BN yang mengalami kekalahan pada banyak kerusi.

"Jika sentimen ini dan perkembangan terbaru diambilkira, PR akan berdepan dengan masalah berikutan kredibilitinya diragui berikutan kegagalan kempen 16 Septnya," katanya.

-- BERNAMA

Friday, December 5, 2008

Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu Berbeza Dengan Permatang Pauh

KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam keadaan berbeza berbanding di Permatang Pauh kerana kawasan itu sebelum ini, dimenangi calon parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN perlu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berbanding di Permatang Pauh, yang sebelum pilihan raya kecil, kawasan itu diwakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini merupakan negeri yang ditadbir oleh BN dan kawasan Parlimen kita (BN)... kita pertahankan kerusi. Keadaan di sini (Parlimen Kuala Terengganu) tidak boleh dibandingkan dengan keadaan di Permatang Pauh," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tahlil Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail di Lorong Kenanga, Batu Burok di sini, Jumaat malam.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Allahyarham Razali, dipercayai akibat serangan jantung, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Jumaat lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah pada 6 Jan depan dan jika ada pertandingan hari mengundi ialah pada 17 Jan.

Ditanya mengenai corak dan kempen yang akan dilaksanakan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau akan mengumumkan perkara itu selepas mendapat gambaran sebenar daripada Umno Terengganu.

"Kita akan beritahu kemudian. Tujuan saya datang ke sini adalah bertemu dengan pemimpin di peringkat Jawatankuasa Bahagian. Selepas itu, baru dapat gambaran sebenar keadaan di sini," katanya.

Mengenai tarikh pengundian pilihan raya kecil itu, Timbalan Perdana Menteri berkata SPR menetapkan tarikh berkenaan selepas mengambil kira faktor cuaca yang melanda Terengganu pada masa ini.

Beliau berpendapat SPR membuat keputusan menetapkan tarikh pengundian pada bulan depan kerana jika diadakan bulan ini, terdapat kemungkinan hujan akan berterusan.

Mengenai tempoh kempen selama 11 hari, Najib berkata BN akan menghadapinya dan akan membuat persediaan seperti biasa dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menyifatkan pemergian Allahyarham Razali sebagai satu kehilangan besar kepada bidang pendidikan negara khususnya dan negara amnya.

Beliau berkata komitmen Allahyarham semasa menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan sebelum memegang jawatan itu, adalah amat luar biasa dalam memajukan bidang berkenaan.

Selepas menghadiri majlis tahlil, Najib mengadakan pertemuan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Terengganu di Terengganu Equestrian Resort di sini, sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

Proses mencari calon P36

SEMUA mata kini tertumpu ke kawasan P36 iaitu Parlimen Kuala Terengganu yang bakal menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian mengejut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.

Baik Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang sudah mula berkira-kira mengenai strategi masing-masing walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya bermesyuarat hari ini untuk membincangkan proses persediaan pilihan raya kecil itu nanti.

Kedua-dua parti menyatakan keyakinan untuk memenangi kerusi itu malah Pas Terengganu sendiri sudah meletak harapan tinggi terhadap bakal calon parti itu untuk merampas kerusi Parlimen tersebut daripada UMNO.

Ini berdasarkan perkiraan mereka bahawa tiga daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas manakala satu sahaja DUN dikuasai BN.

Pada pilihan raya umum itu, Pas berjaya mengekalkan penguasaan di dua kubu kuatnya iaitu DUN Wakaf Mempelam melalui Mohd. Abdul Wahid Endut yang menewaskan Othman Awang dengan majoriti meningkat 2,193 undi dan DUN Batu Buruk melalui Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang menewaskan Senator Nordiana Shafie juga dengan majoriti meningkat 1,161 undi.

Parti pembangkang itu juga berjaya merampas DUN Ladang daripada UMNO apabila Datuk Tengku Hassan Tengku Omar menewaskan penyandang kerusi itu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan kemenangan tipis 31 undi.

BN pula hanya berjaya mengekalkan kerusi DUN Bandar melalui calon MCA, Toh Chin Yaw yang menewaskan Dr. Abdul Manaf Che Mat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1,142 undi.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk Pas menyandarkan harapan terhadap prestasi lepas mereka di Parlimen Kuala Terengganu kerana selepas pilihan raya umum berlalu, banyak faktor dan isu semasa baik di peringkat tempatan mahupun nasional yang dilihat menyebelahi BN.

Di peringkat tempatan, rekod perkhidmatan Allahyarham Razali sendiri yang memegang kerusi Parlimen Kuala Terengganu sejak penggal lepas tidak boleh diketepikan begitu saja.

Razali terkenal di kalangan pengundi Kuala Terengganu sebagai pemimpin yang rapat dengan rakyat melalui 'sentuhan peribadi' yang disenangi mereka.

Beliau merupakan pemimpin yang tidak pernah memilih 'bulu' dan sanggup membantu rakyat tidak kira fahaman politik mereka.

Sebagai Ahli Parlimen kawasan itu, Razali mempunyai misi besar untuk menjadikan Kuala Terengganu setaraf dengan pusat pentadbiran negeri lain melalui projek pembangunan Bukit Besar.

Pelan pembangunan bandar baru di Bukit Besar akan melibatkan pembinaan sebanyak 25 pejabat kerajaan bagi mewujudkan satu kawasan pentadbiran berpusat.

Sebelum kematiannya, beliau turut meninggalkan Pelan Pendidikan Negeri Terengganu untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan tahap pendidikan anak-anak negeri ini.

Menyentuh hal ini, seorang pemimpin UMNO Terengganu berpendapat pengundi di Kuala Terengganu perlu faham bahawa pilihan raya kecil ini bukan proses penubuhan kerajaan, namun ia adalah proses mencari wakil rakyat baru untuk meneruskan kesinambungan khidmat kepada rakyat.

Justeru menurutnya, pembangunan yang dirintis oleh Razali perlu diteruskan dengan rakyat memilih calon BN bagi meneruskan kesinambungannya.

Perkembangan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dilihat memberi kelebihan kepada UMNO terutama kejayaan beliau mendapatkan kembali wang royalti minyak yang seolah- olah menggambarkan kemenangan rakyat Terengganu sendiri.

Pendekatan Menteri Besar dengan pengumuman bahawa tiada projek mega akan dilaksanakan selepas ini kecuali yang mendatangkan faedah langsung kepada rakyat membuka mata mereka terhadap keikhlasan kerajaan BN dalam membangunkan negeri ini.

Umpamanya program i-Book iaitu kerajaan negeri akan membekalkan komputer riba bagi menggantikan buku sekolah kepada pelajar bermula tahun depan memperlihatkan bahawa kerajaan BN tidak pernah bersikap 'cakap tidak serupa bikin'.

Di peringkat nasional pula, penurunan harga minyak sebanyak enam kali dari RM2.70 kepada RM1.90 serta peralihan kuasa di peringkat pucuk pimpinan memberikan keyakinan kepada rakyat terhadap parti pemerintah.

Pembangkang pula ketika ini ketandusan isu tempatan untuk diketengahkan bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka.

Pas dijangka memainkan beberapa isu lama seperti keadaan hidup rakyat yang didakwa susah dengan pendapatan yang tidak seberapa serta beberapa projek mega sebelum ini yang dikatakan tidak mendatangkan faedah langsung kepada penduduk tempatan.

Pembangkang kini hanya bergantung kepada 'mood' kemenangan mereka di Permatang Pauh untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Namun, seperti dalam mana-mana pilihan raya sekalipun, fokus utama pengundi sekarang ialah siapa calon yang akan membawa cabaran parti yang bakal bertanding.

Menyaksikan

Perkara menarik untuk disorot pada pilihan raya kecil ini adakah pihak lain selain Pas dan BN-UMNO sanggup mencalonkan diri untuk bertanding.

Sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 yang lepas menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Razali, calon Pas iaitu Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Maimun sudah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini jika ada pihak sudi menaja wang pertaruhan RM10,000, begitu juga Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berharap diberi peluang untuk meletakkan calonnya.

Sekiranya PKR berkeras untuk berbuat demikian, sekurang-kurangnya pertandingan lima penjuru bakal mewarnai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di samping calon Pas dan UMNO-BN.

Soal kewibawaan calon amat penting kerana ia bakal menentukan penerimaan mutlak pengundi terutama di pihak UMNO-BN dan Pas yang dijangka memberikan saingan sengit sesama mereka.

Pas Terengganu amat berharap calon tempatan akan diketengahkan kali ini memandangkan mereka sudah 'berkorban' dengan membenarkan calon payung terjun iaitu Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.

Justeru, apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdulk Aziz Nik Mat menyatakan hasrat supaya Mohamad dipilih sekali lagi sebagai calon, riak kurang senang timbul di kalangan pengikut dan pemimpin Pas terutama di Kuala Terengganu sendiri.

''Kami mahu orang tempatan. Cukuplah sekali Mohamad diberi peluang. Dulu kami beri laluan kepada beliau untuk bertanding, jadi sekarang ini giliran orang sini pula bertanding," ujar seorang ahli Pas.

Antara pemimpin tempatan Pas yang disebut-sebut sebagai bakal calon ialah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Wan Abdul Mutalib Embong dan ADUN Batu Burok sekarang, Dr. Syed Azman Syed Nawawi.

Pemilihan calon dijangka memberi kesan yang lebih besar lagi kepada UMNO- BN terutama selepas pemilihan bahagian yang menyebabkan keretakan dan penyingkiran tokoh-tokoh yang kalah.

Pemilihan calon yang betul boleh mengelakkan pengikut-pengikut pemimpin yang kalah memboikot calon yang bertanding jika tidak kena dengan selera mereka.

Ini semestinya merupakan perkara yang tidak diperlukan oleh UMNO dalam memastikan parti itu terus mengekalkan penguasaan mereka di kerusi Parlimen Kuala Terengganu selepas menang tipis pada pilihan raya umum lepas.

Dalam hal ini pemerhati politik berpendapat, ahli-ahli UMNO tempatan perlu mengurangkan perebutan dan lobi-melobi untuk menjadi calon supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang menjadikannya sebagai isu kelak.

Begitu pun, beberapa nama kini disebut-sebut berpotensi sebagai bakal calon iaitu Bendahari Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Roslan Awang Cik, Datuk Zuber Embong, Datuk Che Mat Jusoh dan sudah tentu Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu sendiri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Wan Ahmad Farid dilihat paling berpotensi memandangkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu membolehkan beliau mendapat sokongan maksimum daripada ahli parti.

Tambahan pula pelantikannya sebagai Senator bagi membolehkannya memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri akan berakhir tidak lama lagi.

Oleh NOR AZIAH JAAFAR
(wartawan utusan)
Utusan Malaysia
5 Dis 2008

Pengundian 17 Jan di Kuala Terenganu



Malaysiakini
5 Dis 2008

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu ditetapkan pada 6 Januari ini dan pengundian pula pada 17 Januari 2009, memberikan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan cuaca Jabatan Meteorologikal yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"17 Januari ialah tarikh yang sangat sesuai kerana ia memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk melakukan persediaan rapi, khususnya parti-parti yang akan bertanding dalam menentukan calon yang sesuai."

Tambahnya, daftar pemilih yang digunakan kali ini diperakui dan disahkan semula semalam dan diwartakan hari ini.

kuala terengganu parliament seat by election 2008 051208Ia mengandungi 80,229 pemilih berdaftar, termasuk 1,035 pemilih pos, kata Wan Ahmad.

Beliau juga mengumumkan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim dilantik sebagai pegawai pengurus pilihanraya, bersama enam penolong pegawai pengurus.

SPR membenarkan kehadiran wakil NGO pemantau pilihanraya Mafrel untuk meneruskan pemerhatian dengan syarat yang ditetapkan suruhanjaya itu.

Beliau berkata pemantau hanya dibenarkan berada di pusat mengundi pada hari pengundian dan mereka sama sekali dilarang memasuki saluran pengundian dengan hujah undang-undang tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk ke dalam saluran pengundian kecuali petugas pilihan raya, ejen calon, pengundi, anggota SPR dan mereka yang dibenarkan oleh sahaja.

"Kita masih membenarkan Mafrel membuat pemantauan seperti pada pilihan raya umum ke-12, (8 Mac) dan pilihan raya kecil Permatang Pauh, (26 Ogos) tapi syarat tu ketat kerana kita tak mahu urusan perjalanan pilihan raya diganggu kelancaran," tegas Wan Ahmad.

Sewaktu soal jawab, beliau berkata dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Pilihanraya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lepas.

Wakil rakyat BN itu menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi.

Wan Ahmad menambah, tarikh writ dan notis pilihanraya kecil itu dikeluarkan pada 7 dan 21 Disember ini.